Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas, Israel kekal pendirian asal berhubung gencatan senjata

Mar 26, 2024 | 10:35 AM



KAHIRAH: Israel dan Hamas tetap enggan menerima syarat yang diajukan untuk mencapai gencatan senjata menyeluruh di Gaza. Kedua-dua pihak masih bertegas dengan tuntutan masing-masing, serta menolak resolusi yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Hamas terus menegaskan tuntutan asal mereka iaitu penarikan sepenuhnya tentera Israel dari Gaza dan pemulangan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal mereka ke wilayah tersebut. Mereka juga menuntut pertukaran tahanan, yang melibatkan pembebasan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel sebagai timbal balas bagi tebusan Israel yang ditahan di Gaza.

Di pihak Israel, mereka masih berpegang teguh kepada keinginan mereka untuk menghapuskan kumpulan Hamas sepenuhnya. Israel juga menghendaki pembebasan semua tahanan yang telah diculik oleh Hamas sebagai syarat pertukaran tahanan dengan pihak Palestin.

Pendirian Hamas dan Israel telah dimaklumkan kepada pengantara rundingan konflik Israel-Palestin selepas Persidangan Keselamatan PBB meluluskan usul gencatan senjata dengan sokongan daripada 14 negara anggota, sementara Amerika Syarikat memilih untuk berkecuali.

Ketetapan yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis tersebut menuntut pembebasan tebusan tanpa syarat serta segera, yang mencetuskan perbalahan dengan Israel, sekutu Amerika. Pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tuntutan tersebut tetapi telah mengeluarkan kenyataan menolak ketetapan terbaru Majlis Keselamatan PBB.

Pada pertengahan Mac, Hamas telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada pengantara rundingan. Antaranya, mereka menggesa pengisytiharan gencatan senjata di Gaza serta meminta pembebasan tebusan Israel sebagai pertukaran untuk tahanan warga Palestin, termasuk yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Menurut Hamas, pembebasan awal warga Israel akan termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas, dan tahanan yang sakit sebagai timbal balas kepada pembebasan 700 hingga 1,000 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Pejabat Perdana Menteri Israel memberi maklum balas terhadap tuntutan Hamas dengan menyifatkannya sebagai permintaan yang tidak munasabah, sambil berjanji untuk meneruskan serangan darat sehingga Hamas berjaya dihapuskan.

Duta Besar Israel ke PBB, Encik Gilad Erdan, mengkritik Majlis Keselamatan PBB kerana meluluskan langkah yang menggesa gencatan senjata tanpa menyelaraskan pembebasan tebusan.

Menteri Luar Israel, Encik Israel Katz, dalam hantaran di akaun media sosialnya, menyatakan bahawa negaranya tidak akan mematuhi ketetapan tersebut.

Beliau berkata: “Israel tidak akan melaksanakan gencatan senjata. Kami akan memusnahkan Hamas dan terus berjuang sehingga tebusan terakhir pulang ke tanah air.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >