Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas kemuka visi perjanjian gencatan senjata pada pengantara

Berdasarkan tuntutan Israel henti pengganasan, bantuan kemanusian dibenarkan, penduduk Gaza boleh kembali ke rumah dan tentera Israel undur
Mar 15, 2024 | 02:13 PM



JALURAN GAZA: Hamas berkata ia telah menyampaikan kepada pengantara visi menyeluruh mengenai perjanjian gencatan senjata yang berdasarkan menghentikan pengganasan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.


Ia juga berdasarkan memberi bantuan kemanusiaan, penduduk Gaza kembali ke rumah mereka, dan pengunduran tentera Israel dari Gaza.

Visi itu juga termasuk pendirian kumpulan itu mengenai perjanjian pertukaran tahanan dan tebusan, tambah Hamas dalam satu kenyataan, tetapi tidak memberi perincian.

Media Israel memetik sumber kanan Israel melaporkan pada 14 Mac bahawa terdapat perkembangan positif berhubung perjanjian tebusan dan gencatan senjata Gaza.

Sementara itu, saluran televisyen Israel, Channel 13, melaporkan Hamas telah menunjukkan “sedikit fleksibiliti” dalam pendiriannya berhubung pembebasan rakyat Palestin yang dipenjarakan di penjara Israel.


Kabinet Israel akan bersidang pada tengah hari 15 Mac bagi membincangkan tindak balas Hamas, yang telah secara rasmi menyerahkan jawapannya kepada negara-negara pengantara, menurut media Israel.

Menurut satu pengumuman yang diterbitkan oleh Hamas, perjanjian itu bertujuan membenarkan kepulangan penduduk Gaza ke rumah mereka dan pengunduran Angkatan Pertahanan Israel dari Jaluran Gaza.

Qatar telah menghantar surat rasmi kepada Israel melalui Hamas yang memperincikan tuntutan kumpulan militan itu sebagai sebahagian daripada perjanjian tebusan dan gencatan senjata Gaza, lapor agensi berita, KAN News, pada 14 Mac.


KAN News, memetik lebih banyak sumber Israel, melaporkan Israel mengekalkan “keyakinan berhati-hati” terhadap perjanjian yang dipersetujui.


Hamas masih “bersembunyi dalam tuntutan yang tidak masuk akal” bagi perjanjian tebusan, kata Pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dalam satu kenyataan.

Kemas kini akan dibawa ke Kabinet Keselamatan pada 15 Mac, ujarnya.

Awal minggu ini, seorang diplomat kanan Arab memberitahu, The Times of Israel, pengantara Qatar dan Mesir percaya mereka telah berjaya menembusi halangan yang berpanjangan dalam rundingan untuk mendapatkan perjanjian gencatan senjata dan tebusan antara Israel dengan Hamas.


Kemajuan dibuat selepas Doha memberi tekanan ketara ke atas Hamas, dengan memberi amaran kepada kumpulan itu bahawa pemimpin mereka yang tinggal di Qatar boleh diusir keluar dari negara itu jika mereka tidak menyesuaikan pendekatan mereka dalam rundingan, kata diplomat itu.

Peperangan meletus apabila Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang dan menawan sekitar 240 tebusan.

Israel membalas dengan serangan udara, laut dan darat berterusan ke atas Gaza yang, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, membunuh lebih 31,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 71,500 sejauh ini.

Kepungan Israel juga menyekat bekalan makanan, air, gas, elektrik dan ubatan-ubatan ke Gaza, yang mengakibatkan 3.2 penduduk diancam kebuluran. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >