Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hampir 15,000 pelajar ponteng peperiksaan SPM

Jun 11, 2023 | 06:30 PM



ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneliti mengapa 14,858 calon kali pertama tidak hadir dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Sambil menyatakan bahawa calon yang tidak hadir merupakan 3.8 peratus daripada jumlah keseluruhan 388,832 calon, Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek berkata, kementerian sedang meneliti mekanisme yang betul untuk menyelesaikan isu itu.

SPM, atau Sijil Pelajaran Malaysia, adalah peperiksaan kebangsaan yang diambil oleh semua pelajar Tingkatan 5 di Malaysia. Ia adalah setara dengan peperiksaan GCE peringkat ‘O’ di Singapura.

Cik Fadhlina berkata mungkin terdapat beberapa sebab yang mungkin mendorong pelajar untuk melepaskan peperiksaan.

“Kementerian sedang meneliti faktor-faktor supaya kita boleh mengenal pasti (sebab-sebab) dan melakukan intervensi yang diperlukan untuk memastikan kehadiran yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di Jalan Kuala Kedah pada Ahad, beliau berkata trend berbanding tahun sebelumnya hanya boleh disimpulkan apabila dapatan itu siap.

“Terdapat pelbagai kategori calon seperti dari sekolah Kementerian Pendidikan, calon persendirian dan lain-lain. Oleh itu, kita memerlukan pecahan yang sewajarnya untuk mengenal pasti mengapa ini berlaku,” katanya.

Cik Fadhlina menambah, lebih 90 peratus calon SPM layak mendapatkan sijil mereka, sambil menambah kadarnya lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tambahnya, tiada keperluan untuk mengeluarkan penarafan bagi sekolah berprestasi terbaik bagi SPM 2022.

Dilaporkan bahawa 14,858, atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon kali pertama tidak hadir untuk sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

Menurut analisis kementerian, jumlah calon tidak hadir pada 2021 ialah 10,681, atau 2.7 peratus daripada 392,837 calon berdaftar. - THE STAR




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >