Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hanya jaket, alat GPS ditemui dalam operasi mencari pendaki Everest yang hilang

May 23, 2023 | 03:15 PM



KUALA LUMPUR: HANYA jaket Gore-Tex dan peralatan GPS ditemui pasukan penyelamat dalam usaha mencari pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Malaysia, Encik Muhammad Hawari Hashim, yang hilang sejak Jumaat di kawasan pergunungan Everest.


Pasukan itu juga sedang berusaha mengesan telefon bimbit lelaki berusia 33 tahun itu, yang dilaporkan hilang ketika turun selepas tiba di puncak.

“Kami telah menemui jaketnya yang mengandungi ‘RECCO’ di Kem 2,” kata Cik Ayu Wanirah Naharuddin, pengurus pasukan Misi Everest Malaysia 2023 (ME2023). Teknologi RECCO membolehkan anggota penyelamat mencari pemakainya.

Cik Ayu Wanirah berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) dari udara dijalankan pada Isnin tetapi tiada kesan tapak manusia ditemui di kawasan pendakian atau laluan gunung tersebut.

“SAR darat di kawasan gunung terus dijalankan di Kem 2. Pencarian di celah-celah kawasan pergunungan memerlukan tenaga pakar dan kami telah menempatkan seramai mungkin anggota di kawasan sekitar.

“Polis Nepal juga diminta membantu mengesan telefon pintar iPhone milik Muhammad Hawari,” katanya kepada Bernama pada Isnin.


Beliau berkata, sekumpulan Sherpa akan menjalankan pemeriksaan untuk mencari Encik Muhammad Hawari di Kem 2, 3 dan 4 mulai Selasa.

Pada Jumaat, Encik Muhammad Hawari dilaporkan hilang ketika turun dari Kem 4. Pada hari sama, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56 tahun, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak.

Cik Ayu Wanirah berkata, usaha menurunkan jenazah Allahyarham Lt-Kol Awang Askandar sedang giat dijalankan.

“Enam Sherpa akan berada di Kem 4 menjelang petang Selasa. Pagi Rabu, jenazah akan dibawa turun ke kawasan selamat sebelum diterbangkan ke Kathmandu,” katanya.


ME2023 merupakan anjuran Kelab Eksplorasi Altitud diketuai oleh pendaki Everest, Encik Azim Afif Ishak, yang dimulakan pada 2 April. Misi itu turut disokong Kementerian Belia dan Sukan yang dijangka berakhir pada 2 Jun.

Di Kota Kinabalu, kerajaan Sabah berkata, pihaknya akan membantu menampung kos tambahan untuk membawa jenazah Lt-Kol Awang Askandar ke kampung halamannya di Papar. — The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >