Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isu harga dan bekalan beras M’sia dibincang

Sep 04, 2023 | 01:21 PM



MELAKA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengadakan pertemuan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan pesawah, pada Khamis bagi membincangkan isu berkaitan bekalan beras tempatan negara.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata ia berikutan tindakan penyelarasan harga beras putih import oleh Bernas, sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

“Khamis ini KPKM akan adakan pertemuan bersama Bernas, dan pegawai tinggi daripada Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

“Kemudian (pertemuan) bersama pengusaha sawah untuk kita berbincang (langkah) seterusnya bagi memastikan beras tempatan mencukupi dalam pasaran negara.

“Macam dulu, bila kita hadapi masalah telur dan ayam, bila semua bekerjasama, alhamdulillah kita dapat atasi. Kita harap hal beras pun sebegitu juga,” katanya, dipetik oleh akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega Agro Madani Peringkat Kebangsaan 2023, di Dataran Sejarah Ayer Keroh, pada Ahad.

Datuk Mohamad berkata KPKM mengadakan sesi dialog dengan pengilang beras di Kedah sebelum ini, bagi memaklumkan mengenai dasar semasa negara, berkaitan bekalan itu.

“Mereka akan patuh dengan dasar kerajaan, dan tindakan keras akan diambil kalau mereka cuba menyorok atau tukar label (beras tempatan kepada beras import). Ini yang kita sedang jalankan,” katanya.

Beliau berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan bekerjasama dengan pemain industri bagi memastikan beras dihantar ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan.

Bernas sebelum ini dilapor akan menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 ($683) bagi satu tan kepada RM3,200 satu tan, berkuat kuasa Jumaat lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >