Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Helikopter M’sia darat di tepi lebuh raya Karak akibat cuaca buruk

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri petang Isnin.
Oct 10, 2023 | 03:36 PM



KUALA LUMPUR: Seorang juruterbang helikopter di Malaysia terpaksa mendarat di tepi sebuah lebuh raya apabila beliau dibayangi cuaca buruk pada petang Isnin.


Dalam satu video yang tular di TikTok oleh pengguna bernama HeliBro (@lurma8), juruterbang itu berkata, beliau memutuskan untuk mendarat di sebelah Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak atas sebab keselamatannya dek cuaca ribut petir.

Dalam video tersebut, helikopter ringan jenis Robinson R44 berwarna kuning berbelang hitam itu kelihatan telah mendarat di sebuah kawasan lapang di atas lantai batu di sebelah lebuh raya berkenaan.







“Ribut petir dalam perjalanan balik KL,” katanya dalam kapsyen video yang ditonton lebih setengah juta kali itu.

“Turun di Karak Highway untuk lebih selamat,” tambahnya.


Apabila dihubungi Berita Harian (BH), juruterbang tersebut menyatakan kejadian itu berlaku apabila beliau sedang dalam perjalanan dari Tanah Merah, Kelantan dan hendak menuju ke Lapangan Terbang Subang, Selangor.

HeliBro, yang tidak mahu identitinya didedahkan, merupakan seorang juruterbang swasta dan menguruskan sebuah syarikat dalam bidang persekitaran serta penyelidikan alam.

Helikopter itu adalah helikopter miliknya sendiri, katanya dan beliau berada di Tanah Merah untuk menjalankan tugas penyelidikan di kawasan dalaman daerah negeri itu.

Dalam kiriman beliau kepada BH menerusi TikTok, HeliBro berkata beliau berangkat dari Tanah Merah sekitar 3.31 petang dalam keadaan cuaca cerah.

Perjalanan itu hanya mengambil sekitar satu setengah jam sebelum beliau mendarat di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak pada 5.03 petang akibat cuaca buruk.

“Saya berangkat dari Tanah Merah, Kelantan, dalam keadaan cuaca yang cantik,” katanya.

“Semasa saya sampai di Bentong, Pahang, penyelia maklumat penerbangan memberitahu saya cuaca di Batu Caves (Selangor) okay sahaja cuma berjerebu.”


Namun keadaan tiba-tiba berubah apabila cuaca berjerebu itu bertukar kepada cuaca hujan lebat.

“Bila saya melepasi Genting Sempah (Pahang), sebenarnya jerebu telah menutupi pemandangan awan dan secara tiba-tiba hujan datang ke arah helikopter dengan lebat sekali dalam pukul 5 petang,” katanya.

HeliBro berkata jika beliau teruskan perjalanan, ia bakal membahayakan dirinya sebab pemandangan dari kokpit semakin teruk dan hanya mencecah 10 meter sahaja.

Jadi beliau terpaksa mencari tempat paling sesuai untuk mendarat, katanya, merujuk kepada tanah lapang di sebelah Leburaya Kuala Lumpur–Karak itu.

“Walaupun tempat saya mendarat itu sempit, tapi sangat sesuai kerana tidak mengganggu lalu-lintas dan selamat. Saya sudah berlatih cara pendaratan begini berkali-kali kerana kita tak tahu bila kejadian seperti ini akan berlaku,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan penghargaannya kepada penyelia menara penerbangan yang memberi bimbingan kepadanya apabila cuaca dilaporkan menjadi teruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >