Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hujan lebat ragut 18 nyawa di Oman, banjir hentikan penerbangan di Dubai

Apr 17, 2024 | 11:36 AM



DUBAI: Hujan lebat dan banjir kilat melanda sebahagian wilayah Teluk, mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang di Oman dan menyebabkan gangguan perjalanan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) hingga 17 April.


Di Oman, yang bersempadan dengan UAE di timur, hujan berasingan mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang, termasuk “kira-kira 10 pelajar sekolah yang dihanyutkan dalam kenderaan bersama seorang dewasa”.

Amaran telah dikeluarkan bahawa ribut petir serta hujan lebat dengan angin kencang dan hujan batu dijangka berlaku semalaman hingga 17 April.

Ia hujan terbesar di UAE dalam 75 tahun, dengan penerbangan dihentikan sementara di Dubai, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan negara itu dan pemerintah, yang mengumumkannya di media sosial.

Dubai biasanya merekodkan sekitar 12 sentimeter hujan setahun. Banjir yang berlaku pada petang 16 April saja menyamai jumlah tersebut.

Penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dipesongkan pada 16 April, menurut pegawai lapangan terbang itu.

Ia juga menggantung operasi sekurang-kurangnya 25 minit lebih awal pada hari itu kerana ribut kuat.

Menurut lapangan terbang itu lagi, terdapat “banjir besar” di jalan raya menuju ke lapangan terbang, dan ia menggesa orang ramai supaya menyemak status penerbangan mereka.

Pihak lapangan terbang juga “membenarkan masa tambahan dan menggalak penggunaan kereta api Metro Dubai untuk transit yang lebih lancar”.

Lebih banyak hujan dijangka semalaman di Dubai dan serata UAE, bermula dari bahagian barat dan merebak ke arah timur, menurut pusat meteorologi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >