Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis M’sia patahkan kegiatan seleweng diesel bersubsidi

Aug 28, 2023 | 12:57 PM



Polis Malaysia giat mematahkan cubaan kes penyeludupan dan penyelewengan diesel bersubsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab, sepanjang minggu lalu.

Dalam kes terkini, polis Johor menahan seorang pemandu lori yang disyaki terlibat dalam pembelian minyak diesel bersubsidi di Kawasan Perindustrian Seri Purnama, Johor Bahru pada awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata lelaki tempatan berusia 42 tahun itu ditahan pada 5.15 pagi oleh sepasukan polis Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Sungai Kores, yang membuat rondaan dan pemeriksaan di kawasan perindustrian itu.

“Ketika rondaan itu pasukan ini memeriksa sebuah lori yang mencurigakan dan pemeriksaan kemudian mendapati lelaki berkenaan terlibat dalam pembelian minyak diesel bersubsidi dari beberapa stesen minyak berhampiran.

“Hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah bagi kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata susulan tangkapan itu pihak berkuasa telah melakukan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM125,415 ($36,555) dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Antara yang dirampas ialah tong statik berisi minyak diesel sebanyak 5,000 liter, sebuah lori, enam hos bertekanan tinggi, dua tangki statik kosong, empat ‘Chikara host spring’ dan beberapa barangan lain,” katanya.

Dalam kes berasingan pada Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Pantai Timur membabitkan kerugian bernilai RM13.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, Datuk Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata hasil operasi yang dilancarkan sejak 21 Ogos lalu, pihaknya telah menahan 15 lelaki warga tempatan berusia 29 hingga 52 tahun.

“Berdasarkan siasatan, kegiatan ini dipercayai dilakukan sejak 2021 lagi dan mengakibatkan anggaran kerugian berjumlah RM13.5 juta kepada Petronas,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan PDRM masih giat menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >