Indonesia sambung operasi cari mangsa hilang selepas tanah runtuh di Jawa Barat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia sambung operasi cari mangsa hilang selepas tanah runtuh di Jawa Barat

Jan 24, 2026 | 8:41 PM

Indonesia sambung operasi cari mangsa hilang selepas tanah runtuh di Jawa Barat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Indonesia, tanah runtuh, landslide, Jawa Barat, West Java
Pasukan penyelamat mencari mangsa di kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh di Kampung Pasirlangu, Bandung Barat, Indonesia, pada 24 Januari. - Foto EPA

JAWA BARAT: Pihak berkuasa Indonesia menyambung usaha mencari dan menyelamat lebih 80 orang yang hilang selepas tanah runtuh mengorbankan 10 orang di kawasan perumahan di wilayah Jawa Barat.

Tanah runtuh itu berlaku awal pagi 24 Januari akibat hujan lebat yang bermula sehari sebelumnya.

Menurut agensi cuaca, hujan mungkin berterusan selama seminggu di wilayah itu dan beberapa kawasan lain.

Seorang penduduk, Encik Dedi Kurniawan, 36 tahun, berkata ini adalah tanah runtuh besar pertama yang beliau saksikan di kampung Pasir Langu, kawasan berbukit di wilayah itu, kira-kira 100 kilometer tenggara ibu negara Indonesia, Jakarta.

“Kadangkala kami menghadapi banjir kecil dari sungai terdekat, tetapi kali ini (tanah runtuh) datang dari hutan,” katanya kepada Reuters.

Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran pada 24 Januari kerana tanah yang tidak stabil dan hujan menghalang mereka menggunakan jentera berat, lapor Kompas TV, memetik kenyataan pihak berkuasa.

Menurut agensi mencari dan menyelamat tempatan, ia terpaksa melakukan penggalian secara manual selain menggunakan teknik pancutan air dan dron untuk mencari mangsa.

Terdapat beberapa laporan mengenai banjir di Jawa Barat, termasuk di Jakarta.

Banjir itu menyebabkan penduduk di kawasan terjejas terpaksa berpindah ke tanah tinggi atau kawasan yang tidak terjejas.

Tanah runtuh itu berlaku dua bulan selepas banjir dan tanah runtuh yang disebabkan taufan di pulau Sumatera membunuh 1,200 orang, memusnahkan rumah dengan lebih sejuta penduduk dipindahkan.

Agensi meteorologi Indonesia sebelum ini telah memberi amaran mengenai cuaca ekstrem, termasuk hujan lebat di wilayah Jawa Barat selama seminggu bermula 23 Januari, lapor media tempatan.

Datuk Bandar Bandung Barat, Encik Jeje Ritchie Ismail memberitahu wartawan bahawa pihak tentera, polis dan sukarelawan sedang membantu dalam pencarian mangsa yang hilang.

Namun, beliau akur keadaan di kawasan itu mencabar dan tanahnya masih tidak stabil.

Ia juga merupakan tanah runtuh besar kedua yang melanda Jawa dalam tempoh lebih dua bulan, selepas 11 orang terbunuh di kampung Cibeunying pada 13 November 2025 akibat hujan lebat berterusan.

Jakarta, ibu kota Indonesia yang juga terletak di pulau Jawa, turut memulakan 2026 dengan cuaca hujan.

Sekitar 189 milimeter hujan direkodkan pada 23 Januari, dengan 267 milimeter dicatat pada minggu sebelumnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg