Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia sertai badan sejagat awasi pengubahan wang haram, biaya pengganas

Nov 07, 2023 | 12:22 PM



JAKARTA: Indonesia secara rasmi menjadi ahli badan pemerhati pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas sejagat, iaitu sebuah Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF).


Pertubuhan antara pemerintah itu berusaha untuk mempromosikan piawaian sejagat bagi mengurangkan risiko dan menilai sama ada negara telah melaksanakan langkah berkesan terhadap pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

FATF juga membuat cadangan untuk membantu negara memerangi jenayah tersebut.

Menurut Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, status ahli FATF dijangka menjadikan Indonesia lebih menarik kepada pelabur.

“Alhamdulillah, Indonesia telah diterima sebagai anggota ke-40 FATF,” kata Encik Jokowi dalam satu kenyataan video pada Isnin.

“Keanggotaan adalah penting untuk meningkatkan persepsi positif terhadap sistem kewangan Indonesia, yang seterusnya akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan (perniagaan) terhadap iklim perniagaan dan pelaburan negara kita,” kata beliau dipetik oleh rangkaian berita, Jakarta Globe.


Encik Jokowi berkata Indonesia diterima sebulat suara sebagai ahli tetap ke-40 FATF hasil kejayaan rundingan di Paris, Perancis, pada akhir Oktober.

Encik Jokowi selanjutnya berkata “mudah-mudahan, ini akan menjadi langkah pertama ke arah tadbir urus yang lebih baik bagi rejim antipengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Indonesia”.

FATF merangkumi ekonomi utama dan pelabur asing terkemuka Indonesia, seperti China, Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat.

Kumpulan itu pada Februari 2022 menggantung keanggotaan Russia kerana perang di Ukraine.

Indonesia secara rasmi memohon kerusi di FATF pada 2017. Negara Asia Tenggara itu kemudiannya menjalani beberapa siri semakan.

Badan antara pemerintah itu yang ditubuhkan pada 1998 dan beribu pejabat di Paris, kini dianggotai 40 anggota.

FATF menumpukan kepada usaha sejagat untuk memerangi pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan serta pembiayaan pemerolehan senjata pemusnah besar-besaran.

Baru minggu lalu, polis Indonesia mendakwa pendakwah Islam kontroversi, Panji Gumilang, di bawah undang-undang antipengubahan wang haram, selepas didakwa mengumpul dana menggunakan banyak nama bagi pihak yayasannya.

Pada Oktober, Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) memulakan siasatan pengubahan wang haram terhadap bekas Menteri Pertanian, Encik Syahrul Yasin Limpo. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >