Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tetapkan harga minimum AS$100 barangan import e-dagang

Sep 26, 2023 | 12:40 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia telah mengambil tindakan untuk mengehadkan penglibatan media sosial termasuk TikTok dalam kegiatan e-dagang bagi menjaga kepentingan perusahaan setempat.


Untuk itu, pihak berkuasa Indonesia akan mengenakan harga minimum AS$100 ($138) bagi urus niaga yang melibatkan barangan import yang dipasarkan dalam talian.

Seorang pegawai kanan menyatakan peraturan itu bertujuan untuk menjaga kepentingan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan.

Peraturan itu, yang dikeluarkan oleh menteri perdagangan, juga termasuk peruntukan untuk mengehadkan penglibatan platform media sosial seperti TikTok dalam aktiviti e-dagang dalam aplikasi mereka.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas mengenai e-dagang yang dipengerusikan oleh Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo di Istana Negara di Jakarta.

Menteri Perdagangan, Encik Zulkifli Hasan, berkata barangan import yang didagangkan di platform e-dagang mesti dilayan setanding dengan yang dijual di kedai fizikal dan tertakluk kepada cukai Indonesia.

“Selain itu, produk makanan yang diimport mesti mendapat pensijilan halal, kosmetik yang diimport mesti disahkan oleh Agensi Penyeliaan Dadah dan Makanan, dan barangan elektronik yang diimport mesti mematuhi piawaian kebangsaan,” katanya pada sidang media sejurus selepas mesyuarat itu.

Beliau turut diiringi Menteri Koperasi dan Perusahaana Mikro, Kecil dan Sederhana, Encik Teten Masduki, dan Menteri Telekomunikasi dan Informatik, Encik Budi Arie.

Awal minggu ini, Presiden Jokowi menyatakan pemerintahnya bersedia untuk memperkenalkan peraturan yang melarang syarikat gergasi teknologi daripada menjalankan aktiviti e-dagang menerusi platform media sosial atas kebimbangan terhadap amalan monopoli.

Draf peraturan ini sedang dimuktamadkan oleh pasukan berbilang kementerian, dengan Kementerian Perdagangan menyelia kerja-kerja melakar draf peraturan baru itu.

“Sekarang ini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan di Kementerian Perdagangan kerana kementerian lain telah menyelesaikan tugas mereka. Jadi, kita hanya perlu menunggu pelepasan rasmi,” kata Presiden Jokowi semasa lawatan ke Kabupaten Penajam Paser Utara di Kalimantan Timur.

Peraturan tersebut bertujuan untuk melindungi perusahaan mikro, kecil dan sederhana Indonesia daripada persaingan tidak adil yang ditimbulkan oleh gergasi teknologi yang beroperasi di negara itu.

Awal bulan ini, Encik Teten menyatakan bahawa pemerintah Indonesia berhasrat untuk mengikuti contoh India dan Amerika Syarikat dalam menghalang platform media sosial TikTok daripada menyertai e-dagang dalam negara mereka.

TikTok memiliki sistem pembayaran digital dan infrastruktur logistiknya sendiri, membolehkannya ia beroperasi dalam e-dagang. Ini sekali gus berpotensi menjejas perniagaan tempatan, kata Encik Teten.

“Kedua-dua India dan Amerika Syarikat telah pun melarang TikTok daripada menjalankan kedua-dua media sosial dan perniagaan e-dagang secara serentak.

Di Indonesia, TikTok kini masih mempunyai kebebasan untuk terlibat dalam kedua-dua aktiviti,” tegasnya.

Menteri itu memetik penyelidikan yang mendapati TikTok telah menyepadukan ciri beli-belah dalam talian yang memberi kesan kepada interaksi media sosial. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >