Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel lulus rancangan serang Rafah, harapan bagi gencatan senjata masih ada

Mar 16, 2024 | 04:20 PM



TEL AVIV: Israel telah meluluskan rancangan serangan ke atas bandar Rafah di Gaza pada 15 Mac sementara terus memberi harapan bagi kemungkinan gencatan senjata, dengan rancangan untuk menghantar satu lagi delegasi ke Qatar untuk berbincang tentang kemungkinan perjanjian membebaskan tebusan dengan Hamas.


Pejabat Perdana Menteri Israel berkata Encik Benjamin Netanyahu bersetuju dengan rancangan untuk menyerang bandar di pinggir selatan wilayah Palestin itu, di mana lebih separuh daripada 2.3 juta penduduknya kini berada di tempat perlindungan sementara, selepas lima bulan perang.

Sekutu dan pengkritik global telah menggesa Encik Netanyahu supaya menangguhkan serangan ke atas Rafah kerana khuatir ramai orang awam akan terkorban.

Tetapi Israel berkata ia adalah salah satu kubu terakhir Hamas yang mereka telah berjanji untuk hapuskan dan penduduk akan dipindahkan.

Di Washington, jurucakap keselamatan nasional Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata Amerika Syarikat belum melihat rancangan Rafah itu dan ingin melihatnya.

Di satu sesi taklimat, beliau berkata usul Hamas bagi gencatan senjata sementara tebusan dibebaskan itu boleh berlaku dan beliau berasa optimis tentangnya.

Hamas telah membentangkan usul gencatan senjata Gaza kepada pihak pengantara dan Amerika, termasuk melibatkan pembebasan tebusan Israel serta pembebasan bagi tahanan Palestin.

Menurut Hamas, visi usul itu bertujuan memberi bantuan kemanusiaan, membolehkan penduduk Gaza kembali ke rumah mereka dan pengunduran tentera Israel dari Gaza.

Menurut kenyataan pejabat Encik Netanyahu mengenai rancangan serangan ke atas Rafah, tuntutan Hamas bagi pembebasan tebusan Israel adalah tidak realistik, tetapi delegasi Israel tetap akan ke Doha sebaik sahaja kabinet keselamatan membincangkan kedudukannya.

Kenyataan Israel berkata Pasukan Pertahanan Israel “bersedia secara operasi dan bagi pemindahan penduduk” Rafah.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, memberitahu media di Austria bahawa Amerika perlu melihat rancangan yang jelas dan boleh dilaksanakan daripada Israel buat Rafah, termasuk memastikan orang awam selamat daripada bahaya.

Perunding sebelum ini gagal mencapai perjanjian gencatan senjata menjelang Ramadan, namun pengantara Washington dan Arab tetap gigih berusaha mencapai perjanjian untuk mengelak daripada serangan ke atas Rafah dan membolehkan bekalan makanan dibawa masuk. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >