Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel mesti lindungi rakyat Gaza, bezakan dengan Hamas: Rumah Putih

Oct 30, 2023 | 01:23 PM



WASHINGTON: Rumah Putih memberi amaran bahawa Israel mesti melindungi penduduk Gaza yang tidak bersalah dengan membezakan antara militan Hamas dengan orang awam, ketika para pemimpin dunia meningkatkan gesaan supaya bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan sampai ke wilayah Palestin yang dilanda perang.


Walaupun sekutu Amerika Syarikat itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri, ia mesti berbuat demikian “dengan cara yang konsisten dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang mengutamakan perlindungan orang awam,” kata Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, kepada Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dalam panggilan telefon, kata Rumah Putih.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Ahad bahawa “ketenteraman awam” mula runtuh di Gaza selepas beribu-ribu orang menyelongkar gudang makanan di sana, mengambil gandum, tepung dan bekalan lain.

Encik Biden bercakap selepas penasihat keselamatan negaranya, Encik Jake Sullivan, memberitahu pemberita bahawa Israel “harus menggunakan segala cara yang ada untuk membezakan antara Hamas – pengganas yang menjadi sasaran tentera yang sah – dan orang awam.”

Beliau juga bercakap dengan Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, dan kedua-dua pemimpin “komited terhadap penyaluran segera bantuan kemanusiaan ke Gaza”.

Israel telah meningkatkan operasi udara dan darat terhadap Hamas di Gaza berikutan serangan kumpulan militan Palestin pada 7 Oktober yang telah membunuh 1,400 orang.

Israel bertindak balas dengan pengeboman udara ke atas Jaluran Gaza yang diperintah oleh Hamas. Israel berkata ia mahu memusnahkan kumpulan militan itu.

Tindakan tentera Israel telah membunuh lebih 8,000 orang di Gaza.

Dalam pada itu, para pemimpin dunia lain juga mengeluarkan seruan mendesak agar bantuan disegerakan ke Gaza.

Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, dan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, “menekankan kepentingan mendapatkan sokongan kemanusiaan segera” ke dalam wilayah Palestin, manakala ketua PBB, Encik Antonio Guterres, berkata keadaan “semakin terdesak dari hari ke hari”.

Encik Sunak dan Encik Macron bercakap melalui telefon dan “bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha mendapatkan bekalan makanan penting, bahan api, air dan ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukannya, dan untuk mengeluarkan warga asing dari Gaza,” kata jurucakap Downing Street.

Di media sosial, Encik Macron juga mengulangi seruan bagi gencatan senjata kemanusiaan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >