Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel terus gempur utara Gaza, rakyat Palestin lari lagi

Tentera sedang tunggu arahan Netanyahu
untuk serang Rafah di selatan pula
Apr 25, 2024 | 01:05 PM



KAHIRAH/BAITULMAKDIS: Israel mengerahkan jet pejuangnya menggempur utara Gaza untuk hari kedua pada 24 April dan mengulangi hasratnya menyerang habis-habisan Rafah di selatan.


Selepas pengunduran askar Israel secara tiba-tiba pada awal April, rakyat Palestin di utara dan selatan Jaluran Gaza sekali lagi terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka daripada pengeboman Israel, yang mereka sifatkan sebagai antara perang paling teruk.

Jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata Israel akan “mara” dengan rancangannya bagi operasi darat di Rafah, tetapi tidak memberikan garis masa.

Negara Barat, termasuk sekutu paling rapat Israel, Amerika Syarikat, telah merayu supaya mereka menahan diri daripada menyerang bandar di pinggir selatan Gaza, yang melindungi lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk di wilayah Palestin itu.

Di Rumah Putih, penasihat keselamatan negara Amerika, Encik Jake Sullivan, berkata Washington masih berbincang dengan Israel mengenai Rafah dan pegawai dari dua negara itu dijangka bertemu semula secara peribadi tidak lama lagi.

“Kami telah mengadakan perbincangan sangat terperinci... untuk membincangkan bukan sahaja kebimbangan kami, bahkan pandangan kami bahawa ada cara berbeza untuk menangani ancaman Hamas di Rafah,” katanya kepada wartawan.

Seorang pegawai kanan pertahanan Israel, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, berkata Israel bersedia memindahkan orang awam menjelang serangannya dan telah membeli 40,000 khemah yang boleh menempatkan 10 hingga 12 orang setiap satu.

Menurutnya, tentera Israel hanya menunggu arahan daripada Encik Netanyahu.

Rakyat Palestin yang berlindung di Rafah sedang menimbangkan untuk melarikan diri lagi.

Seorang penduduk, Encik Tamer Al-Burai berkata beliau dan tujuh anggota keluarganya mungkin menuju ke utara “memandangkan Israel kedengarannya lebih serius dalam ancamannya kali ini”.

Di Bandar Beit Lahiya, utara Gaza, serangan besar-besaran Israel diteruskan buat hari kedua pada 24 April, sehari selepas tentera Israel mengarahkan penduduk berpindah dari empat daerah yang diisytiharkan sebagai “zon tempur berbahaya”.

Israel berkata operasinya di sana menyasarkan sayap bersenjata Jihad Islam, sekutu Hamas yang melancarkan roket ke arah dua petempatan sempadan Israel pada 23 April.

Israel berkata ia akan menghapuskan Hamas berikutan serangan mengejut kumpulan itu di selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan menahan sekitar 240 tebusan.

Dalam pada itu, Hamas mengeluarkan sebuah video pada 24 April yang menunjukkan tebusan warga Amerika-Israel Hersh Goldberg-Polin, 23 tahun, yang masih hidup.

Bapanya, Encik Jonathan Polin, menggesa para pemimpin supaya mencapai perjanjian gencatan senjata.

“Kami lega melihat dia masih hidup tetapi kami juga bimbang tentang kesihatan dan kesejahteraannya serta semua tebusan lain,” kata bapanya dalam mesej video. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >