Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isu tular nasi ayam claypot M’sia: Bukan wain tapi minyak bijan, kata peniaga

Sep 13, 2023 | 07:38 PM



Peniaga nasi ayam claypot di Malaysia yang tular kerana didakwa menggunakan bahan tidak halal telah menyangkal tuduhan tersebut dengan menyatakan bahan dituduh sebagai ‘wain beras’ itu sebenarnya adalah minyak bijan.

Encik Ahmad Muzakin Mohd Amir, 48 tahun, yang mengendali gerai Aman’s Food Stall di Sri Petaling, Kuala Lumpur itu apabila dihubungi Berita Harian Singapura menerusi Whatsapp mendakwa kedua-dua botol yang dipegangnya dalam video tersebut adalah minyak bijan daripada dua jenama berasingan.


Ketika ditanya untuk mendapat kepastian produk berkenaan – yang didakwa dalam video tular di TikTok itu sebagai wain beras – Encik Ahmad telah mengirim beberapa gambar serta video produk tersebut kepada wartawan didakwa sebagai bukti.

Beliau menunjukkan tiga produk berasingan.

Pertama ialah Minyak Bijan Hitam hasil cap Loe Seat Hoong (LSH); kedua ialah Minyak Bijan Tulin, Oh Aik Guan atau ‘cap rusa’; dan ketiga ialah minyak bijan cap Golden Cock Brand.







Ketiga-tiga produk itu masing-masing mempunyai tanda minyak bijan 100 peratus.

Ketika ditanya perasaannya berkenaan kejadian itu, Encik Ahmad berkata:

“Saya penat dan saya pasrah kepada Allah SWT.”

“Saya tak risau mengenai keyakinan pelanggan sebab semua rezeki datang dari Allah SWT.”

Isu itu timbul selepas satu video diterbit pengguna TikTok Balaapapapa minggu lalu telah menarik lebih 695,000 tontonan.

Dalam video itu, Encik Ahmad kelihatan menuangkan sejenis air hitam menerusi dua botol kepada nasi ayam tersebut.

Pengguna itu kemudian membandingkan salah satu botol itu sebagai wain beras yang dipercayai mengandungi sehingga 15 peratus paras alkohol.

Menyusuli perkara tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Sabtu (9 Sep) mengesahkan operasi kedai terletak di Sri Petaling itu tidak memiliki sijil halal daripada pihak berkuasa.

Terdahulu dalam laporan akhbar Malaysia, Encik Ahmad akui kedainya memang tiada sijil halal daripada Jakim, “tetapi banyak kedai Muslim lain juga tiada sijil sama.”

Beliau juga mengesahkan semua bekal bahan makanannya adalah dari sumber halal.

Bagaimanapun, Encik Ahmad berkata kedainya terus beroperasi sehingga kini.

“Saya tak cuti. Sampai sekarang kedai saya buka,” katanya.

Tambah Encik Ahmad beliau akan cuti pada Khamis (14 Sep) untuk menyertai kursus sijil halal.

“(Jakim) mungkin akan datang buat pemeriksaan kepada kedai saya. Doakan saya semoga dipermudahkan urusan,” katanya.




@balaapapapa

tengok sendiri... 1 rice wine 1 minyak bijan video ni ambil sblm viral... nak mkn ke x terpulang... sy dh tau sy kene bgtau... rice wine walaupun alcohol tak tinggi tapi bg kaum muslim mmg tak boleh,tak halal.... claypotpetaling

♬ original sound - balaapapapa - Rasa sayang heh

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >