Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jambatan Baltimore runtuh: 6 dikhuatiri maut

Mar 27, 2024 | 12:42 PM



WASHINGTON: Enam orang dipercayai maut selepas anggota pasukan kecemasan menangguhkan usaha mencari pada petang 26 Mac, berikutan runtuhan Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat.


Pegawai pemerintah berkata runtuhan itu berlaku apabila sebuah kapal besar mengalami gangguan bekalan elektrik pada awal 26 Mac, mengakibatkan ia melanggar jambatan yang mempunyai laluan kenderaan empat lorong itu.

Kapal itu dikenal pasti sebagai Dali, kapal kontena yang berdaftar di Singapura.

Ekoran kejadian itu, beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.

Enam individu yang hilang itu dipercayai sebahagian pekerja binaan yang sedang menjalankan kerja pembaikan di jambatan itu apabila perlanggaran berlaku.

“Berdasarkan tempoh masa yang telah kami lakukan pencarian ini... (dan) suhu air... pada ketika ini, kami tidak percaya bahawa kami akan menemui mana-mana individu yang masih hidup,” kata Laksamana Muda Pengawal Pantai, Encik Shannon Gilreath.

Dua orang dikeluarkan dari Sungai Patapsco sebelum ini, dengan seorang dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan.

“Ini adalah tragedi yang tidak dapat kita terfikir,” kata Datuk Bandar Baltimore, Encik Brandon Scott. “Kita perlu berdoa buat semua yang terjejas.”

Dalam ulasan ringkas daripada Rumah Putih pada 26 Mac, Presiden Joe Biden berkata beliau mahu pemerintah persekutuan membiayai kos binaan semula jambatan itu, yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 1977.

“Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di Kongres untuk memastikan wilayah ini mendapat sokongan yang diperlukan,” kata Encik Biden.

Kapal itu hilang kuasa enjin ketika ia meninggalkan pelabuhan, dan anak kapal di atas kapal memberitahu pegawai Maryland bahawa ia telah hilang kawalan ke atas kapal itu, lapor ABC News, memetik laporan perisikan Amerika.


Gabenor Maryland, Encik Wes Moore, berkata kapal Dali itu telah membuat panggilan Mayday (kecemasan) beberapa ketika sebelum pelanggaran.


Langkah itu telah dapat menyelamatkan banyak nyawa, apabila pegawai menghentikan pergerakan beberapa lalu lintas jalan raya.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, sebagai menjawab pertanyaan The Straits Times, ia telah menghubungi Pengawal Pantai Amerika, Pejabat Keselamatan Marin dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.


Pihaknya menawarkan bantuan sebagai pihak pentadbiran pendaftaran kapal itu, sambil menambah bahawa para pegawai penyiasat daripada Singapura dan MPA, sedang menuju ke Baltimore untuk membantu siasatan.

Penutupan salah satu pelabuhan utama pantai timur Amerika itu, berupaya menimbulkan gangguan bekalan barangan, seperti kereta, arang batu dan komoditi lain seperti gula selain menyebabkan kesesakan lalulintas.

Pelabuhan itu kendalikan import kereta paling banyak dan merupakan antara yang terbesar untuk eksport arang batu.

Jambatan Francis Scott Key ialah laluan utama untuk pemandu antara New York dengan Washington yang cuba mengelak pusat bandar Baltimore.

Ia adalah salah satu daripada tiga cara untuk menyeberangi Pelabuhan Baltimore, dengan jumlah trafik sebanyak 31,000 kereta sehari, atau 11.3 juta kenderaan setahun. – Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >