Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jenazah pertama korban nahas pesawat Shah Alam dikebumi

Aug 19, 2023 | 04:07 PM



SUNGAI PETANI: Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 tahun, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, telah selamat dikebumikan pada petang Sabtu.


Jenazah tiba di Masjid Al Huda Kampung Jerong dan disambut lebih 500 orang di pekarangan masjid pada kira-kira 12 tengah hari.

Lebih 200 jemaah menyertai solat jenazah sebelum ia dibawa ke tanah perkuburan berhampiran untuk pengebumian.

Suasana sedih menyelubungi pekarangan masjid sebaik sahaja keluarga Allahyarham tiba dan berjumpa saudara-mara yang menunggu.

Allahyarham, seorang pekerja kenderaan privet, kebetulan lalu di tempat kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut apabila pesawat Beechcraft dari Langkawi itu terhempas pada 2.48 petang, dua minit sebelum ia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS), Subang.

Jenazah anak sulung daripada lima adik-beradik itu dituntut ahli keluarganya pada pagi Sabtu. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata jenazah itu diserahkan kepada bapa Allahyarham dan jenazahnya diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Seluruh petugas, PDRM dan petugas kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham,” katanya pada satu sidang media di Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Sabtu. 

Awal dari itu, waris dan keluarga Allahyarham dilihat tiba di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) sekitar 8.15 pagi Sabtu. 

Turut tiba ialah van jenazah Jais bagi membawa jenazah Allahyarham ke Sungai Petani.

Lapan orang dalam pesawat itu, termasuk seorang Exco Pahang, dan seorang lagi orang awam, iaitu seorang pemandu Grab berusia 53 tahun, turut terkorban.

Sementara itu, tapak nahas pesawat ringan itu menjadi tumpuan orang ramai selepas laluan itu dibuka kepada awam petang Jumaat. 

Tinjauan agensi berita Malaysia mendapati pengguna jalan raya yang melalui jalan itu memperlahankan kenderaan bagi melihat lokasi nahas dengan lebih jelas.

Malah, seorang lelaki tempatan yang ingin dikenali sebagai Aiman datang dari Melaka ke lokasi kejadian bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

“Saya datang dari Melaka dan kebetulan ada urusan di Kuala Lumpur jadi kami sekeluarga ambil keputusan untuk melawat tapak nahas ini.

“Saya hanya mahu sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban… saya baca dalam berita semuanya Muslim,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di lokasi kejadian. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >