Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jerebu: Kementerian Pendidikan M’sia akan minta nasihat Kementerian Kesihatan jika perlu tutup sekolah

Oct 02, 2023 | 03:15 PM



KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mendapatkan cadangan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat.


Menterinya, Cik Fadhlina Sidek, berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat KKM dari semasa ke semasa.

“Ia bergantung kepada cadangan atau nasihat sama ada menutup sekolah, memakai pelitup muka atau sebagainya,” katanya diminta mengulas situasi jerebu yang melanda negara itu sekarang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penutup Perasmian Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) KPM peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) pada Isnin.

Cik Fadhlina juga berkata semua sekolah di seluruh negara diminta mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam usaha menangani situasi jerebu yang melanda.

Katanya, jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar dilaksanakan di sekolah.

“Kita memang ada garis panduan dan kekal dengan garis panduan itu, kita minta semua sekolah mematuhinya.

“Jika IPU lebih 100, tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan dan perlu mengikut garis panduan itu sebagai mana yang kita tegaskan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pada pagi Isnin, tiga stesen di Cheras, Nilai dan Shah Alam mencatatkan IPU tidak sihat apabila merekodkan melebihi 150.

Berdasarkan kemas kini di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen yang mencatatkan IPU terburuk adalah di Cheras, Kuala Lumpur, yang merekodkan bacaan 164.

Dua lagi stesen iaitu di Nilai, Negeri Sembilan, dan Shah Alam, Selangor, pula merekodkan bacaan pada tahap 163 dan 158.

Sementara itu, enam stesen iaitu tiga di Sabah dan tiga lagi di Sarawak merekodkan IPU pada tahap baik apabila mencatatkan bacaan di bawah 50.

Keenam-enam stesen tersebut adalah Sarikei (49), Sibu (46) dan Miri (48) di Sarawak manakala di Sabah pula membabitkan stesen di Sandakan (42), Kota Kinabalu (40) dan Kimanis (17).


Sementara itu, 46 lagi stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan melebihi 50 namun masih dikategorikan sebagai sederhana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >