Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jerman mara ke final Liga Negara-Negara Wanita selepas seri dengan Perancis

Oct 29, 2025 | 3:07 PM
Melvine Malard, Camilla Kuver, Liga Negara-Negara Wanita, bola sepak
Melvine Malard (kiri) dari Perancis beraksi bersama Camilla Kuver (tengah) dari Jerman dalam perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara Wanita di Caen, Perancis, pada 28 Oktober 2025. - Foto REUTERS

CAEN (Perancis): Jerman mara ke perlawanan akhir Liga Negara-Negara Wanita Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) selepas seri 2-2 dengan Perancis pada 28 Oktober di Caen.

Kedudukan itu sekali gus menjamin pasukan Jerman agregat 3-2 menyusuli kemenangan perlawanan pertama mereka di Duesseldorf.

Melvine Malard memberikan Perancis pendahuluan awal pada minit ketiga dengan tandukan daripada hantaran lintang Selma Bacha, tetapi Nicole Anyomi menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian dengan penyudah yang baik.

Klara Buehl, yang telah menjaringkan gol pada perlawanan pertama, meletakkan Jerman di hadapan pada awal separuh masa kedua.

Walaupun tandukan lewat Clara Mateo menjadikan kedudukan 2-2, Perancis tidak dapat mencari gol kemenangan untuk memaksa masa tambahan.

Jerman akan menentang Sepanyol di peringkat akhir, dengan perlawanan pertama dijadualkan pada 28 November di tempat sendiri dan perlawanan timbal balik pada 2 Disember.

Sepanyol mara selepas kemenangan agregat 5-0 ke atas Sweden.

Di Gothenburg, Sweden, Alexia Putellas menjaringkan satu-satunya gol ketika Sepanyol mara ke final Liga Negara-Negara Wanita dengan kemenangan 1-0 ke atas Sweden pada perlawanan kedua separuh akhir mereka pada 28 Oktober yang menjamin kemenangan agregat 5-0.

Sepanyol telah menang mudah 4-0 dalam perlawanan pertama pada 24 Oktober, dan perlawanan pada 28 Oktober itu nampak akan berakhir tanpa jaringan, sebelum Claudia Pina, menghantar bola ke dalam kotak penalti dan kemudian membuat hantaran lintang kepada Putellas, yang menamatkan perlawanan dengan rembatan kencang ke dalam gawang pada minit ke-75.

Putellas dan Pina masing-masing telah menjaringkan dua gol pada perlawanan pertama.

Dalam perlawanan akhir dua pusingan pada 28 November dan 2 Disember, Sepanyol akan menentang Jerman. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg