Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jurukamera CNA maut akibat nahas motosikal di M’sia

Jun 05, 2023 | 04:45 PM



SEORANG jurukamera Channel NewsAsia (CNA) terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di sebuah lebuh raya di Malaysia pada Ahad lalu.


Encik Khairul Zainuddin, 45 tahun, hilang kawalan ke atas motosikalnya dan terbabas ke pembahagi jalan raya di Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur, menurut satu laporan akhbar New Straits Times pada Ahad.


Kesan kemalangan itu menyebabkan Allahyarham tercampak ke laluan bertentangan dan seorang penunggang motosikal berusia 46 tahun di laluan itu kemudian melanggarnya, kata ketua polis daerah.

Allahyarham mengalami kecederaan kepala serius dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut CNA, kemalangan itu berlaku sedang Allahyarham pulang ke Kuala Lumpur untuk mengambil isterinya di lapangan terbang.


Beliau melawat orang tuanya di Kuantan, Pahang, sekitar tiga jam dari Kuala Lumpur, pada hujung minggu itu.

Mediacorp, yang memiliki CNA, dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Allahyarham bekerja di biro CNA di Kuala Lumpur dan telah bekerja bersama syarikat itu selama lima tahun.


“Kami amat sedih dengan pemergian rakan Malaysia kami, Khairul Zainuddin.

“Kami telah menghubungi keluarganya untuk menawarkan simpati dan sokongan kami,” kata kenyataan itu.

“Beliau seorang pekerja berdedikasi dan sebahagian daripada anggota penting biro (Kuala Lumpur), dan telah terlibat dalam beberapa penerbitan yang memenangi anugerah.

“Kami juga menawarkan sokongan kepada kakitangan kami yang terjejas oleh kehilangan tragik ini.”

Allahyarham juga seorang penyunting video dan pernah bekerja bagi sebuah penerbitan mengenai haiwan terancam di Malaysia.

Antara lain beliau merupakan jurugambar yang terlibat semasa kunjungan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), ke Kelantan dan Terengganu pada April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >