Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kabinet Israel undi bajet perang sedang defisit semakin tinggi

Jan 15, 2024 | 02:58 PM



BAITULMAKDIS: Menteri Kabinet Israel telah memulakan sesi maraton pada 14 Januari untuk meluluskan bajet 2024 yang dipinda untuk menjelaskan peningkatan mendadak dalam perbelanjaan membiayai perang negara itu dengan kumpulan Hamas.


Lazimnya, perbincangan berlangsung hingga lewat malam dan undian mungkin tidak berlaku sehingga awal pagi pada 15 Januari.

Israel tahun lalu meluluskan Belanjawan dua tahun untuk 2023 dan 2024, tetapi perang menentang Hamas di Gaza telah menggoncang kewangan pemerintah, memerlukan perubahan bajet dan perbelanjaan tambahan.

Berbilion-bilion syikal dalam kewangan tambahan diperlukan untuk membiayai tentera, pampasan kepada pasukan simpanan dan puluhan ribu yang tinggal berhampiran sempadan dan telah dipindahkan, serta mereka yang terjejas secara langsung oleh serangan 7 Oktober oleh Hamas.

Bagaimanapun, bajet itu telah bertukar menjadi isu politik dan kontroversi, terutamanya berhubung pembayaran yang dipersetujui Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, di bawah perjanjian gabungan 2002 dengan Menteri Kewangan, Encik Bezalel Smotrich, dan ketua-ketua parti agama lain.

Perjanjian itu adalah untuk 8 bilion shekel ($2.85 bilion) yang akan diketepikan untuk parti propeneroka ultra-Ortodoks dan sayap kanan pada 2024.

Menurut draf Belanjawan, hanya 2.5 bilion shekel akan dipotong, walaupun memerlukan pembiayaan untuk perang.

Pada permulaan mesyuarat Kabinet, Encik Netanyahu tidak merujuk kepada dana gabungan, hanya berkata bahawa semua kementerian mesti berkongsi beban.

“Apa yang diperlukan sekarang ialah pertama sekali, untuk menampung perbelanjaan perang dan membenarkan kami mengendalikan perang pada tahun yang akan datang dan menyelesaikannya, termasuk menghapuskan Hamas, mengembalikan tebusan kami dan memulihkan keselamatan dan rasa selamat di kedua-dua utara dan selatan supaya penduduk boleh kembali ke sana,” katanya.

Perang meletus apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh sekitar 1,200 orang dan menahan 240 yang lain sebagai tebusan.

Serangan balas Israel sejak perang masuk hari ke-100, telah meragut nyawa lebih 23,000 rakyat Palestin.

Dalam surat kepada Encik Netanyahu minggu lalu, Encik Amir Yaron, yang baru memulakan penggal kedua sebagai ketua Bank Pusat, menggesa pemerintah supaya tidak berbelanja secara berlebihan dan mengimbangi sebarang peningkatan perbelanjaan yang diperlukan untuk perang dengan pengurangan peruntukan lain, bersama-sama dengan kenaikan cukai.

Pemerintah bercadang untuk membuat sedikit pemotongan kepada Belanjawan kementerian, sambil menaikkan beberapa cukai seperti cukai nilai tambah, sebanyak 1 peratusan mata kepada 18 peratus pada 2025 ke atas keuntungan bank dan ke atas rokok dan tembakau.

Israel merekodkan defisit Belanjawan sebanyak 4.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2023 disebabkan oleh lonjakan dalam perbelanjaan perang pada suku keempat dan penurunan dalam pendapatan cukai.

Sasaran defisit dalam Belanjawan 2024 dinaikkan kepada 6.6 peratus daripada KDNK berbanding 2.25 peratus sebelumnya dan perang akan menurunkan pertumbuhan ekonomi 2024 sebanyak 1.1 peratusan mata kepada sekitar 1.6 peratus, anggaran kementerian kewangan.

Kesan fiskal perang dianggarkan sebanyak 150 bilion shekel pada 2023 hingga 2024 dengan mengandaikan pertempuran sengit berakhir pada suku pertama.

Pada Disember, Parlimen Israel meluluskan bajet perang khas untuk 2023 sebanyak hampir 30 bilion shekel. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >