Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kabinet M’sia sudah buat keputusan isu bekalan, harga beras

Sep 27, 2023 | 04:23 PM



PUTRAJAYA: Beberapa keputusan berhubung isu bekalan dan harga beras sudah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.


Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil, bagaimanapun berkata perkara terbabit akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dalam tempoh terdekat.

“Berhubung isu beras, tadi Jemaah Menteri ada membincangkannya dan saya difahamkan Menteri Pertanian (dan Keterjaminan Makanan) akan mengadakan sidang media.

“Beliau akan memberi makluman penuh mengenai beberapa keputusan yang sudah dibuat. Jadi saya percaya beliau akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media pada Rabu, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat Kabinet yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Rabu, ada membincangkan mengenai isu beras.

Sebelum ini, dilaporkan terdapat kekurangan bekalan beras di merata Malaysia, khususnya beras tempatan, sehingga penduduk mendapati sukar mendapatkan bahan makanan harian itu.

Dalam isu rombakan Kabinet pula, Encik Fahmi berkata mesyuarat Jemaah Menteri tidak membincangkan perkara tersebut.

“Tidak dibincangkan (rombakan Kabinet) dalam mesyuarat Kabinet hari ini (Rabu),” katanya.

Pada 15 September lalu, Datuk Anwar dilaporkan berkata kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan diisi secepat mungkin.

Jawatan itu kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Malah, timbul khabar angin bahawa Datuk Anwar dijangka melakukan rombakan terbabit selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober ini.

Dalam perkembangan berasingan, Encik Fahmi berkata kerajaan tiada perancangan untuk mengembalikan Akta Antiberita Tidak Benar bagi memerangi penyebaran berita palsu dan fitnah.

Akta Antiberita Tidak Benar dimansuhkan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018, kira-kira empat bulan selepas ia diwartakan sebagai undang-undang di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >