Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal hospital tentera laut Indonesia akhiri misi kemanusiaan bagi Palestin

Mar 19, 2024 | 01:12 PM



JAKARTA: Kapal hospital tentera laut Indonesia, KRI Dr. Radjiman Wedyodiningrat, selesai menyampaikan kiriman kemanusiaan untuk Palestin dan selamat pulang ke Jakarta pada 15 Mac.


Kapal muhibah itu mengangkut muatan bantuan kemanusiaan ke Pelabuhan El Arish di Mesir untuk rakyat Palestin, yang dikepung oleh tentera Israel.

Semua anggota pasukan petugas muhibah kapal itu menerima pingat, Satyalancana Santi Dharma, daripada Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, lapor The Jakarta Post.


Pingat itu diberi kepada anggota tentera yang menyelesaikan misi ke luar negara.

Pingat itu disampaikan oleh Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Agus Subiyanto, kepada tiga anggota bagi mewakili keseluruhan anggota kapal tersebut.

Mereka adalah komander pasukan petugas, Komander Sumarji Bimoaji, seorang pegawai tidak bertauliah wanita dan seorang kelasi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Staf TNI, Laksamana Muhammad Ali; Duta Besar Palestin ke Jakarta, Encik Zuhair al-Shun; pegawai Kementerian Pertahanan serta beberapa pegawai daripada markas TNI dan Tentera Laut Indonesia.

Kapal hospital Dr. Radjiman menjalani pelayaran sejauh 10,983 batu nautika dalam 57 hari, berlepas dari Jakarta pada 19 Januari dengan persinggahan di Batam, Belawan dan Jeddah, sebelum tiba di Pelabuhan El Arish pada 13 Februari.


Kapal hospital itu hanya mampu menghantar bantuan kemanusiaan dan tidak dapat berkhidmat sebagai kapal hospital seperti yang dirancang Indonesia pada awalnya.

Pihak berkuasa Mesir hanya memberi tempoh empat hari untuk memunggah 242 tan bantuan kemanusiaan.

Seorang wakil daripada Bulan Sabit Merah Mesir, Encik Ahmed Buhaeri Ali, menerima bantuan kemanusiaan itu, yang kemudiannya dihantar dengan trak ke Jaluran Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >