Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kemelut operasi MYAirline belum selesai

Oct 16, 2023 | 03:31 PM



KUALA LUMPUR: Polemik mengenai penghentian sementara operasi MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) masih belum selesai apabila Ketua Pegawai Operasi sementara syarikat penerbangan tambang rendah itu, Encik Stuart Cross, meletak jawatan.


Ketika ini, syarikat penerbangan terbabit dikendalikan oleh eksekutif sementara, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Laporan New Straits Times (NST) menyebut MYAirline dijangka memulangkan sembilan unit pesawat jenis Airbus A320 yang digunakan untuk membentuk syarikat penerbangan itu.


Sumber NST berkata pihak yang memberikan pajakan pesawat telah meminta MYAirline menyerahkan semula Airbus A320 sejak ia menghentikan operasi penerbangan secara mengejut pada 12 Oktober 2023.

Beberapa pihak dalam industri penerbangan pula menimbulkan keraguan tentang status satu daripada dua lesen yang diperlukan syarikat penerbangan itu untuk beroperasi sebagai pengendali udara komersial berjadual.

Syarikat yang terbabit memajak pesawat kepada MYAirline ialah Aviation Capital Group LLC, AerCap Holdings NV, Aircastle Ltd, Avolon, Carlyle Aviation Partners, Genesis, Mizuho dan SMBC Aviation Capital.

Semua kecuali satu pemajak telah memajak satu Airbus A320 setiap satu kepada MYAirline. Aircastle Ltd menjadi syarikat tunggal memajak dua pesawat kepada MYAirline.

Pada Mei 2023, MYAirline memperoleh perjanjian pajakan dengan syarikat seperti Aircastle, Avolon, Genesis dan SMBC untuk sejumlah 17 pesawat bernilai RM2.1 bilion ($610 juta) menjelang akhir 2023.

Syarikat penerbangan tambang murah itu memulakan penerbangan pertamanya pada 1 Disember 2022 dan telah mengalami kerugian kewangan dalam tempoh kurang setahun beroperasi.

Sementara itu, portal Free Malaysia Today (FMT) pada Ahad melaporkan pekerja MYAirline yang terjejas susulan penggantungan operasi Khamis lalu berharap masalah tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dapat diselesaikan segera.


Beberapa kakitangan yang enggan nama mereka diterbitkan mendakwa bahawa gaji bagi September yang sepatutnya dibayar selewat-lewatnya pada 7 Oktober masih gagal dibayar, manakala caruman pula tidak dibuat sejak Mei 2023 walaupun pemotongan telah dibuat.

Menurut mereka, pengurusan syarikat hanya memberi alasan sedang mencari rakan strategik baru, ketika ditanya perkembangan pembayaran gaji yang kali terakhir diterima pada Ogos 2023.

“Keadaan kami terjejas teruk. Walaupun syarikat mengumumkan ia sebagai penggantungan ‘sementara’, gaji kami masih tidak dibayar sehingga kini,” katanya yang meminta pihak berwajib tidak terlepas pandang nasib kakitangan, walaupun kebajikan penumpang menjadi keutamaan.

Dakwanya, mereka hanya dimaklumkan penggantungan operasi kira-kira 5 pagi Khamis daripada e-mel Jabatan Sumber Manusia yang meminta semua kakitangan bekerja dari rumah dan menggunakan cuti tahun sehingga “suatu tempoh dimaklumkan kelak”.

“Sebelum itu, semua nampak biasa, tak ada kecoh-kecoh. Cuma pihak pengurusan ada maklumkan yang syarikat sedang berdepan krisis kewangan.

“Perkara itu dimaklumkan beberapa kali pada sesi townhall pekerja bersama pemilik, tetapi pengurusan minta kami bekerja macam biasa kerana pihak syarikat maklumkan sedang memuktamadkan ‘perkongsian strategik’,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >