Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan M’sia belum sedia laksana semula GST

Nov 02, 2023 | 11:56 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia belum berhasrat untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang pernah dilaksanakan di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2015.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini kerana usaha untuk melaksanakan perubahan dalam sistem kutipan cukai negara memerlukan kajian dan penelitian mendalam, sesuai dengan situasi ekonomi semasa.

“Belum ada rancangan untuk laksana semula GST. Sebarang perubahan kepada dasar cukai perlu mengambil kira kesan kepada ekonomi dan kos sara hidup rakyat,” katanya, lapor The Star pada Khamis.


Justeru, Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan terus memantau keadaan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah fiskal yang bersesuaian dengan jangka pendek dan sederhana.

Datuk Anwar mengeluarkan kenyataan itu bagi menjawab soalan dikemukakan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (PN-Tanjung Karang) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula GST di negara itu dalam jangka pendek dan sederhana pada sidang Parlimen.

Pada 11 September lalu, Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli – antara individu paling lantang membantah pelaksanaan GST sebelum ini – sebaliknya berubah nada apabila menyatakan kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula GST.

Bagaimanapun menurutnya, strategi utama kerajaan adalah untuk meluaskan sumber hasil negara. Ia termasuk fokus ke arah membangunkan Cukai Keuntungan Modal, yang dijadualkan dilaksanakan pada 2024.

Pelbagai pihak mendesak kerajaan memperkenalkan semula GST untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus makmur. Bagaimanapun cukai itu tidak disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Datuk Anwar pada 13 Oktober lalu.

Presiden Persatuan Cina Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, ketika membahaskan Belanjawan 2024, berkata GST perlu dilaksanakan semula bagi mengelak pembaziran.

“Kembalikan GST. Mengapa kita hendak membelanjakan lebih untuk e-invois sedangkan e-invois ini merupakan komponen dalam GST, dan menerusi GST segalanya adalah lebih jelas dan telus,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >