Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan M’sia tamatkan kawalan harga ayam, kekalkan subsidi telur

Oct 30, 2023 | 05:19 PM



Pengguna di Malaysia akan berdepan perubahan harga ayam bermula 1 November 2023, selepas kerajaan menamatkan kawalan harga dan subsidi bagi sumber protein itu yang sebelum ini dijual RM9.40 ($2.69) sekilogram.

Bagaimanapun, pengguna akan terus menikmati subsidi dan kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C menggunakan mekanisme sedia ada.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata penamatan subsidi ayam mengambil kira situasi semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam sudah mulai stabil.

Selain itu katanya keputusan itu dibuat selaras pendekatan penyasaran semula subsidi secara bersasar dan usaha mengelakkan ketirisan subsidi negara kepada 3.5 juta warga asing di negara ini.

“Kerajaan memberi jaminan bahawa penjualan ayam akan berada di bawah harga siling selepas subsidi dan kawalan harga ditamatkan sepenuhnya bermula 1 November 2023 ini.

“Penamatan harga kawalan ayam akan menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan, selain dapat meningkatkan pelbagai inisiatif sosio-ekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.

“Kerajaan bersedia mendapatkan bekalan tambahan daripada sumber luar, jika terdapat kekurangan daripada segi bekalan yang menyebabkan kenaikan harga secara mendadak,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam selepas mendapati aliran semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.

Datuk Anwar berkata langkah bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak, bukannya warga asing dan golongan kaya.

Sejak 2022, kerajaan membelanjakan sejumlah RM3.7 bilion subsidi ayam dan telur, dengan RM100 juta khusus bagi subsidi ayam sepanjang tempoh itu sehingga kini.

Mengulas lanjut Datuk Mohamad berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).

“Ia bagi memastikan tiada aktiviti pengambilan untung secara berlebihan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di peringkat runcit,” katanya.

Menurut Datuk Mohamad, kerajaan akan terus memberi tumpuan untuk memperkasa industri penternakan ayam melalui bantuan insentif daripada segi pembiayaan dana pusingan kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana.

Katanya, kerajaan juga akan memberikan skim mikro kredit sebagai bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti dan program transformasi reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

“Langkah ini akan memberi peningkatan daripada segi akses bekalan secara terus daripada penternak komuniti kepada pemborong di pasaran,” katanya.

Sementara itu, Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi jaminan bekalan ayam mencukupi terutama selepas kawalan harga ditamatkan.

Menurut kenyataan FLFAM pada Isnin, pihaknya yakin tindakan kerajaan mengapungkan harga ayam akan mengukuhkan lagi bekalan ayam dan menyumbang secara positif kepada keselamatan makanan negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >