Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketuhar tanah liat diguna semula di Gaza

Di tengah-tengah perang Israel, penduduk Gaza, mencari cara untuk membakar roti atau memasak sedikit makanan yang mereka ada, kembali kepada kaedah tradisional.
Nov 22, 2023 | 12:31 PM



DEIR EL-BALAH (GAZA): Di Gaza, sedang penduduknya berjuang dengan kekurangan bahan api, ketuhar tanah liat telah menjadi simbol ketahanan dan daya juang.


Menurut satu laporan Al-Jazeera, ketiadaan bekalan elektrik dan gas mendorong sebahagian penduduk kembali kepada cara memasak tradisional menggunakan ketuhar tanah liat.


Krisis bahan api yang melanda wilayah itu mengakibatkan kehidupan harian penduduk sangat sukar. Dalam usaha untuk bertahan, banyak keluarga di Gaza kini bergantung pada ketuhar tanah liat yang merupakan cara memasak yang telah lama digunakan nenek moyang mereka.

Cik Inshirah Salem al-Aqra, 53 tahun, berani memberi jaminan bahawa makanan yang dimasak menggunakan kayu api lebih enak.

Beliau telah membuat ketuhar tanah liat tradisional sejak dulu.

Ketuhar ini diperbuat daripada tanah liat, tahi haiwan dan jerami, dan dibentuk dengan tangan serta dibiarkan kering di bawah sinar matahari.

“Orang ramai buat nasi mandhi dalam ketuhar ini, atau membakar roti,” kata ibu 10 anak itu.


“Semasa perang ini, segala-galanya sangat sukar. Orang ramai memerlukan api sekalipun hanya untuk membuat kopi atau teh,” tambahnya.

Bahan api dan elektrik terputus di sebahagian besar Jaluran Gaza, mendorong rakyat Palestin kembali kepada tradisi. Sekaranglah mereka mencari Cik Inshirah.

Ia juga satu-satunya sumber pendapatan keluarga beliau, selepas tentera Israel membakar bot nelayan suaminya pada Oktober.

Cik Inshirah membuat dan menjual lima ketuhar sejak minggu lalu, lebih banyak daripada yang dibuatnya dalam sebulan pada masa lalu.

Beliau mengekalkan harga lamanya. “Saya tidak mahu mengambil kesempatan daripada orang ramai, terutamanya pada masa ini,” ujarnya kepada Al Jazeera.


Ketuhar terkecil berharga 80 shekel ($28) dan yang terbesar 150 shekel.

Satu-satunya kilang di Jaluran Gaza tidak dapat mengisar gandum kerana kekurangan bahan api, selepas Israel mengenakan sekatan sepenuhnya di wilayah itu.

Cik Inshirah membuka rumahnya kepada pelarian wanita yang berlindung di sekolah berdekatan.

“Mereka membawakan saya tepung, supaya saya boleh membuat roti untuk mereka,” katanya. “Jika saya mempunyai air bersih, saya juga mengisi tin air mereka.”

Beliau berharap perang yang telah membunuh 13,000 rakyat Palestin dan memusnahkan Jaluran Gaza itu akan berakhir tidak lama lagi.

“Cukup,” katanya. “Kami telah kehilangan begitu banyak. Sudah cukup.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >