Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kilang sorok beras di Kedah disita dalam operasi tangani bekalan

Oct 11, 2023 | 11:26 AM



ALOR SETAR (Kedah): Kelicikan sebuah kilang beras menyorok 180 tan beras putih tempatan (BPT), yang dipercayai bertujuan mengaut keuntungan mudah ketika harga beras putih import (BPI) melonjak, berjaya dipatahkan pihak berkuasa.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Encik Chan Foong Hin, berkata kilang beras berkenaan disita pada Selasa selepas pasukan petugas khas Ops BPT menemui bekalan beras dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen itu.


Menurut beliau, beras gred Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5), atau BPT, itu ditemui di dalam kampit jumbo.


“Mengesyaki kilang itu melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, Pasukan Petugas Khas bertindak menyita BPT yang berada di dalam gudang itu dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000 ($116,700).

“Sitaan dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan Kawalan Padi dan Beras,” kata Encik Chan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Selasa.


Beliau, yang ditemui selepas mengetuai operasi itu, berkata antara agensi dan jabatan terbabit dalam operasi tersebut ialah Kawalselia Padi dan Beras (KPB), polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis).

Encik Chan berkata ia adalah sitaan pertama dalam tempoh Ops BPT dilaksana, yang setakat ini merangkumi pemeriksaan terhadap lapan pemborong dan enam pengilang di negeri ini.


“Jangan ambil kesempatan kerana ini masanya kita berganding bahu untuk menjamin kecukupan bekalan makanan, terutama beras, yang berpatutan buat rakyat, bukannya menekan pengguna atau pesawah demi mengaut keuntungan lebih,” katanya.

Encik Chan berkata jika didapati bersalah, pengurusan kilang terbabit boleh didenda hingga RM25,000 bagi kesalahan pertama dan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras melalui notis secara bertulis boleh membatalkan atau menggantung lesennya.

Dalam satu kes berasingan pada 9 Oktober, BHM melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan kepincangan dalam pengedaran beras negara selepas membongkar kegiatan penipuan pembekalan 28,000 tan beras bernilai RM100 juta di Kedah.

Difahamkan bahawa kegiatan penipuan di Kedah itu terbongkar apabila SPRM mengesan berlaku kegiatan mencurigakan dan berunsur rasuah membabitkan sebuah syarikat.

Syarikat berkenaan dipercayai mendapat kontrak pembekalan beras dari sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Malaysia, yang mengeluarkan 65 peratus bekalan beras dalam negara, sedang berdepan isu kekurangan BPT di pasaran, sekali gus menyebabkan keresahan awam berikutan sukar mendapatkan BPT hingga terpaksa mendapatkan BPI.

Ia menimbulkan spekulasi kemungkinan wujud tindakan menyorok beras oleh pengilang dan pengeluar BPT bagi mengaut keuntungan mudah dengan menukar kampit BPT kepada BPI dan menjualnya dijual di pasaran sebagai BPI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >