Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Komander ketiga Hamas terbunuh dalam operasi Israel: Rumah Putih

Mar 19, 2024 | 01:06 PM



WASHINGTON: Israel membunuh komander ketiga kumpulan Hamas minggu lalu, kata Rumah Putih pada 18 Mac, selepas Israel sebelum ini berkata beliau menyasarkan serangan udaranya di Gaza tetapi tidak mengesahkan kematiannya.


“Orang kuat nombor tiga Hamas, Marwan Issa, terbunuh dalam operasi Israel minggu lalu,” kata Penasihat Keselamatan Negara, Encik Jake Sullivan, ketika beliau memaklumkan panggilan telefon antara Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu.

Beliau berkata Israel juga telah “memecahkan sejumlah besar batalion Hamas” dan membunuh beribu-ribu pejuang Hamas “termasuk komander kanan”.

“Selebihnya pemimpin tertinggi sedang bersembunyi, mungkin jauh di dalam rangkaian terowong Hamas, dan keadilan akan menjejaki mereka juga,” tambah Encik Sullivan.

Tentera Israel berkata pada 11 Mac bahawa serangan udara di pekarangan bawah tanah di tengah Gaza pada 9 dan 10 Mac menyasarkan Encik Issa, yang, menurut Israel, antara perancang serangan Hamas di selatan negara itu pada 7 Oktober.

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, berkata pada masa itu bahawa Encik Issa adalah timbalan Mohammed Deif, yang mengetuai sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam.

Tetapi Laksamana Muda Hagari menambah bahawa tidak jelas sama ada Encik Issa terbunuh dalam operasi tersebut.

“Kami masih meneliti laporan hasil serangan itu, dan pengesahan akhir belum diterima,” katanya.

Dengan kematiannya, Encik Issa, yang pernah menjadi antara orang paling dikehendaki Israel, menjadi pemimpin paling kanan Hamas terbunuh di Gaza sejak perang bermula.

Pegawai Israel menyifatkan serangan itu sebagai satu kejayaan dalam kempen mereka untuk menghapuskan kepimpinan Hamas di Gaza

Tetapi pakar memberi amaran bahawa kematiannya tidak akan memberi kesan buruk kepada struktur kepimpinan Hamas.

Mejar Jeneral Tamir Hayman, bekas ketua perisikan tentera Israel, berkata Encik Issa pada masa yang sama adalah “menteri pertahanan” Hamas, timbalan komander tenteranya dan “minda strategiknya”.

Israel telah membunuh pemimpin politik dan tentera Hamas pada masa lalu, bagaimanapun mereka diganti oleh pemimpin lain dengan segera. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >