Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PILIHAN RAYA NEGERI MALAYSIA

Kos sara hidup kebimbangan utama rakyat M’sia

Aug 03, 2023 | 01:48 PM



PETALING JAYA: Rakyat Malaysia lebih bimbang tentang peningkatan kos sara hidup daripada potensi “gelombang hijau” atau kebangkitan ekstremisme, menurut Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP).


Badan pemikir itu menyatakan keupayaan untuk bertahan di tengah-tengah pendapatan yang tidak stabil dan perbelanjaan semakin meningkat, adalah menjadi kebimbangan utama dalam kalangan kebanyakan rakyat Malaysia kerana kenaikan harga barangan dan makanan dijangkakan dalam beberapa bulan mendatang.

“Pemilik perniagaan telah menyuarakan kemerosotan dalam urus niaga runcit dan menimbulkan kebimbangan tentang keupayaan mereka untuk mendapatkan hasil yang mencukupi bagi membayar pinjaman dan gaji pekerja, kerana majoriti pelanggan tempatan kini mengurangkan perbelanjaan mereka untuk barangan dan perkhidmatan.

“Pemindahan secara beransur-ansur kenaikan tarif elektrik daripada perniagaan kepada pengguna, juga sedang dilakukan, memberi isyarat kepada peruncit dan pemborong bahawa akan berlaku kenaikan harga barangan dan makanan dalam beberapa bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, lapor The Star.


Ini juga dicerminkan dalam tinjauan badan pemikir itu baru-baru ini, terhadap 292 responden dari Selangor dan Negeri Sembilan, dengan lebih 80 peratus responden secara purata menuntut supaya langkah mengurangkan kos sara hidup dilaksanakan segera.

Pembaharuan ekonomi merupakan kebimbangan kedua terbesar di kalangan rakyat dengan lebih 65 peratus responden.

INSAP menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia hilang harapan terhadap kebangkitan ekonomi positif yang dijanjikan, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Walaupun tinjauan menunjukkan majoriti lebih 59 peratus responden berpuas hati dengan pentadbiran semasa, kepuasan dalam kalangan responden Melayu khususnya adalah jauh lebih rendah berbanding responden Cina dan India.

“Hanya 35 peratus responden Melayu menyatakan berpuas hati dengan tadbir urus dan pengurusan ekonomi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala 40 peratus menyatakan rasa tidak puas hati.

“Ini berikutan penglibatan kerajaan yang tidak mencukupi dalam isu arus perdana, seperti kos sara hidup yang memburukkan lagi kesan buruk kepada ekonomi.

“Kekecewaan yang semakin meningkat dalam kalangan penduduk, terbukti apabila lebih ramai individu menonjolkan kesan negatif kenaikan harga komoditi, kenaikan kadar faedah baru-baru ini, dan kekurangan panduan yang jelas untuk menyelesaikan isu asas yang dihadapi oleh rakyat biasa,” tambah INSAP.

INSAP menambah bahawa kenaikan kadar faedah secara mendadak digabungkan dengan pemansuhan segera subsidi untuk individu dalam kumpulan pendapatan tertentu boleh memburukkan lagi masalah peningkatan kos sara hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >