Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Langit cahaya hijau di Selangor ‘aurora’ atau lampu mata kail sotong? Warganet M’sia kongsi teori

Oct 30, 2023 | 02:12 PM



SABAK BERNAM: Dari jauh, gambar ini nampak macam fenomena ‘Northern Lights’ atau Aurora Borealis yang sering pengembara dari seluruh dunia merebut peluang untuk melihatnya di Skandinavia atau di kawasa hujung utara dan selatan bumi.


Namun sebaliknya ini berlaku di sebuah bandar pesisiran di negeri Selangor, Malaysia yang menarik perhatian ramai penduduk hingga mencetuskan debat antara warganet terhadap punca di balik cahaya hijau itu.

Kejadian ini dirakam dalam satu catatan oleh pengguna Facebook (FB) bernama Man Toya sekitar 8.30 malam Selasa lalu, yang telah memuat naik satu gambar yang menunjukkan permukaan langit gelap malam di atas Sabak Bernam, Sungai Besar, diliputi cahaya hijau.







“Sungai besar... kenapa terang gila cahaya ni...” katanya dalam catatan itu yang dimuat naik dalam laman FB bertajuk “I Love Sungai Besar”.

Susulan itu, beberapa pengguna lain, dipercayai adalah penduduk daerah sama turut memuat naik beberapa gambar dan video peristiwa yang sama di ruang komen.

Pengguna bernama Sakura Flowers menyatakan beliau terlihat langit hijau itu di depan rumah ibunya.

Seorang pengguna bernama Cik Faa mendakwa kejadian itu berlaku pada tempoh singkat sahaja dan lesap selepas azan waktu Isyak.







Bagaimanapun, ia tidak jelas berapa lama peristiwa itu berlaku dan apa punca fenomena cahaya hijau di langit itu.

Namun ramai pengguna telah mencatatkan teori bahawa cahaya hijau di langit itu adalah cerminan lampu hijau yang dilengkapkan pada mata kail – dipanggil candat – yang diguna nelayan untuk menangkap sotong di perairan selat Melaka.

Pengguna bernama Sadri Sirun dan Mok Yaaw kedua-dua memuat naik beberapa gambar bot nelayan yang berlabuh pada waktu malam di mana di bawah permukaan air bot itu kelihatan ada cahaya hijau terang benderang berpunca daripada candat sotong.







Sementara itu ada yang mendakwa, cahaya hijau di langit itu adalah kesan daripada awan yang berkumpul akibat ribut petir yang baru sahaja berlaku di kawasan berdekatan.

Bagaimanapun peristiwa itu bukanlah perkara baru dan pernah dilihat oleh beberapa pengguna media sosial lain sebelum ini.

Seorang pengguna di platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, memuat naik satu pos pada Mac 2022 yang menunjukkan lampu hijau bersinar dari hujung ufuk laut pada waktu malam dipercayai berlaku di pesisiran pulau Pangkor dan Langkawi, utara Selangor.







Pada Mei 2023 pula, seorang jurugambar dan pemburu pemandangan bintang juga telah memuat naik satu gambar yang diambil di daerah sama di Sabak Bernam, Sungai Besar yang menunjukkan lampu hijau di langit berpunca dari kawasan laut.







Pengguna yang memberi komen kepada kedua-dua gambar itu rata-rata setuju, lampu tersebut berpunca daripada bot nelayan juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >