Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Peniaga M’sia naik motosikal tempuh 18,000 km tunai umrah

Oct 26, 2023 | 01:08 PM



KUALA LUMPUR: Selepas menempuh perjalanan sejauh 18,000 kilometer (km) selama 108 hari menunggang motosikal, impian Encik Zulkepli Mo’minin untuk menjejakkan kaki ke Makkah, Arab Saudi, bagi menunaikan umrah akhirnya menjadi kenyataan.


Encik Zulkepli, 55 tahun, seorang peniaga tasbih, selamat tiba di Tanah Suci pada Isnin selepas memulakan perjalanan solo pada 8 Julai 2023 dari Gombak, Selangor.

Beliau mengembara merentasi 11 negara termasuk Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Iraq, Kuwait dan Arab Saudi, lapor The Star.


Menyingkap pengalamannya, Encik Zulkepli, bapa lima anak berkata satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah apabila beliau terpaksa tinggal di Iran selama lebih sebulan.

Ia berbanding rancangan asal selama 11 hari, berikutan masalah dokumentasi untuk memasuki Iraq, khususnya di Shalamche, yang terletak di sempadan Iran-Iraq.

Beliau tidak menyangka masalah seperti itu akan timbul, kerana hanya memerlukan jarak 100 km untuk transit Iraq dari Shalamche ke Safwan, iaitu di sempadan Iraq-Kuwait.

“Sebelum memulakan ekspedisi ini, menurut sedikit maklumat yang saya dapat daripada pengembara yang telah memasuki Iraq, jika anda mempunyai visa transit tanpa bermalam di negara itu, sepatutnya tidak ada masalah – anda boleh masuk ke negara itu.

“Namun, perkara sebaliknya berlaku di sempadan Iran-Iraq, di Shalamche, kerana pegawai Iraq tidak membenarkan saya masuk, jadi saya terpaksa berpatah balik ke bandar Khorramshahr, yang hanya 20 km dari Shalamche, untuk bermalam dan fikirkan tindakan seterusnya,” katanya.

Encik Zulkepli berkata bagi menyelesaikan masalah itu, beliau terpaksa meninggalkan motosikalnya buat sementara waktu dan menaiki penerbangan dari bandar Ahvaz ke Teheran yang jaraknya 900 km untuk memohon visa daripada Kedutaan Iraq.

“Dipendekkan cerita, Kedutaan Iraq akhirnya meluluskan permohonan visa saya selepas 15 hari di Teheran... walaupun pada satu ketika, saya buntu memikirkan birokrasi pegawai Iraq dan hanya mahu menaiki penerbangan dari Teheran ke Riyadh, Arab Saudi,” tambahnya.

Beliau menghadapi satu lagi cabaran, iaitu laluan berbatu di salah sebuah gunung di Kyrgyzstan sejauh 450 km.

“Walaupun terpaksa menempuh pelbagai ujian dan kepayahan sepanjang ekspedisi ini, saya terima sahaja kerana itu semua ketentuan Allah, dan ujian itu sebenarnya satu rahmat buat saya,” tambahnya.

Encik Zulkepli berkata beliau akan berada di Makkah dan Madinah untuk beberapa hari lagi, sebelum menaiki pesawat ke tanah air, dan motosikalnya akan dihantar pulang melalui kargo laut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >