Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 700 terkorban selepas tentera Israel, Hamas bertempur

Sekitar 400 warga Israel dan 300 warga Palestin maut; Israel dan Hezbollah turut balas serangan di sempadan Lebanon
Oct 08, 2023 | 07:29 PM



BAITULMAKDIS/GAZA/SDEROT: Lebih 700 orang terbunuh selepas tentera Israel dan kumpulan Hamas dari Palestin bertempur pada Ahad, sehari selepas serangan Hamas yang mengakibatkan angka korban tertinggi di Israel dalam tempoh 50 tahun.


Penyusupan terbesar kumpulan Hamas ke Israel dalam tempoh beberapa dekad itu boleh menjejas usaha yang disokong Amerika Syarikat untuk membentuk keselamatan serantau, yang boleh mengancam aspirasi Palestin mencapai taraf negara dan harapan Iran, iaitu penyokong utama kumpulan itu.

Kumpulan Hamas memulakan serangan pada waktu subuh Sabtu dengan serangan roket besar-besaran ke arah selatan Israel.

Serangan itu memberi perlindungan kepada anggota Hamas yang menyusup ke kawasan Israel dari Gaza, tempat tinggal 2.3 juta penduduk Palestin.

Penyusupan sedemikian oleh Hamas tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kumpulan Hamas membunuh sekurang-kurangnya 400 warga Israel dalam pertempuran itu dan kembali ke Gaza dengan membawa berpuluh-puluh tebusan.

Lebih 300 penduduk Gaza pula terbunuh apabila Israel membuat serangan balas yang dahsyat.

Tentera Israel memerangi kumpulan Hamas sepanjang malam di bahagian selatan Israel.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata di media sosial bahawa keadaan tidak di bawah kawalan sepenuhnya.

Pertempuran yang meningkat itu berlaku dengan latar belakang keganasan yang meningkat antara Israel dengan kumpulan Palestin itu di Tebing Barat yang diduduki Israel, di mana pihak berkuasa Palestin menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad, yang ditentang oleh Hamas.

Tebing Barat telah menyaksikan serbuan Israel yang meningkat, serangan di jalanan terhadap rakyat Palestin dan serangan oleh peneroka Yahudi di perkampungan Palestin.

Keadaan rakyat Palestin bertambah buruk di bawah pemerintahan parti sayap kanan pimpinan, Encik Benjamin Netanyahu, yang juga Perdana Menteri Israel.

Usaha mencari perdamaian telah terhenti selama bertahun-tahun.

Pemimpin Hamas, Encik Ismail Haniyeh, berkata serangan yang bermula di Gaza itu akan merebak ke Tebing Barat dan Baitulmakdis.

Penduduk Gaza telah hidup di bawah sekatan Israel selama 16 tahun.

Dalam ucapannya, Encik Haniyeh menekankan ancaman terhadap Masjid Al-Aqsa, sekatan berterusan Israel ke atas Gaza dan normalisasi hubungan antara Israel dengan negara-negara di rantau itu.

Encik Netanyahu pula berikrar untuk menggunakan semua kekuatan Israel untuk memusnahkan keupayaan Hamas dan membalas dendam bagi “hari hitam” itu.

Menyusuli serangan terbesar terhadap Israel itu, Ketua Liga Arab, Encik Ahmed Aboul Gheit, telah menuju ke Moscow, Russia, pada Ahad untuk berbincang dengan Menteri Ehwal Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, berhubung situasi di Gaza.

Menurut jurucakap Liga Arab yang berpangkalan di Mesir itu, Encik Ahmed akan berbincang tentang pertempuran yang meningkat di Jaluran Gaza.

Russia telah melahirkan keprihatinan besar serta menggesa Palestin dan Israel menghentikan keganasan selain menyalahkan negara Barat kerana menyekat Kuartet Timur Tengah, yang dibentuk Amerika ,Kesatuan Eropah (EU), Russia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beberapa negara Arab lain termasuk Arab Saudi, Qatar, Oman dan Bahrain, menggesa agar Israel dan Palestin segera meredakan keadaan, lapor Gulf News.


Saudi antara lain berkata mereka sedang memantau perkembangan yang menyebabkan keganasan meningkat di rantau itu dengan rapat serta menggesa masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab dan menyokong proses keamanan yang berwibawa serta membawa ke arah huraian dua negara.

Sementara itu, Bahrain pula menekankan perlunya bagi semua pihak meredakan keadaan demi memelihara nyawa.

Tambahnya, pertempuran yang berterusan mempunyai kesan yang negatif pada keamanan dan kestabilan rantau itu.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, pula telah menawarkan segala sokongan yang sewajarnya kepada Israel menyusuli serangan itu dan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang bermusuh dengan Israel agar tidak mengambil kesempatan.

Dalam pada itu, Israel turut menyerang kawasan selatan Lebanon pada Ahad selepas kumpulan Hezbollah dari Lebanon menyasarkan tiga pos tentera Israel di Shebaa Farms, sebuah kawasan yang dipertikai.

Hezbollah, sebuah parti yang disokong Iran, berkata mereka melancarkan serangan itu sebagai perpaduan dengan penduduk Palestin.

Tiada korban dilaporkan sejauh ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >