Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Loji jana kuasa tunggal di Gaza henti operasi, kehabisan bahan bakar

Oct 12, 2023 | 11:57 AM



GAZA: Para penduduk Gaza yang kini berdepan krisis kemanusiaan diburukkan lagi dengan terputusnya bekalan elektrik setelah satu-satunya loji jana kuasa dihentikan operasi akibat kehabisan bahan api.


Krisis itu berlarutan selepas Israel membedil kedudukan militan Hamas di Semenanjung Gaza – kawasan yang mempunyai jumlah penduduk paling padat, iaitu 2.3 juta – sejak Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel, pada Sabtu.

Ketua pihak berkuasa tenaga, Encik Jalal Ismail, berkata loji jana kuasa itu menghentikan operasinya pada 2 petang Rabu. 

Semenanjung Gaza memerlukan bekalan elektrik kira-kira 550 megawatt setiap hari.

Gaza juga menerima bekalan elektrik dari Israel melalui kabel elektrik dan kini tidak berupaya untuk mengimport bahan api yang dibeli dari Qatar.

Difahamkan pihak hospital juga bergantung kepada generator dalam memberikan rawatan dan ia mampu bertahan beberapa jam sahaja.

Ketiadaan elektrik menyukarkan penduduk setelah Israel turut mengeluarkan arahan pengepungan sepenuhnya ke atas wilayah itu menyebabkan bekalan termasuk minyak, air, makanan dan ubat-ubatan tersekat.

Ini sedang 75,000 penduduk meninggalkan kediaman, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 338,934 orang, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sehubungan itu, PBB menggesa segala bekalan keperluan mesti sampai kepada penduduk awam di Gaza.

Menurut aktivis tempatan, keadaan kini amat mendesak kerana penduduk Gaza telah mula putus hubungan dengan dunia luar sepenuhnya.

Paling ketara ialah dengan usaha berterusan menghentikan operasi syarikat telekomunikasi, serta mengganggu talian selular dan Internet untuk menghalang penyebaran maklumat dan komunikasi.

Serangan udara dan tembakan oleh Israel memusnahkan rumah dan bangunan pangsapuri, dengan empat menara kediaman besar di Gaza, musnah.

Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB (UNRWA) menganggarkan lebih separuh daripada mereka yang kehilangan tempat tinggal berlindung di berpuluh-puluh sekolah.

Enam pekerja penjagaan kesihatan terbunuh dan empat lagi cedera, selain tujuh kemudahan penjagaan kesihatan dan sembilan ambulans rosak.

Kerosakan kemudahan air, sanitasi dan kebersihan menjejas perkhidmatan kepada lebih 400,000 orang di Gaza.

 Mesir pula dilaporkan membincangkan rancangan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan menerusi sempadannya dengan Gaza bersama Amerika Syarikat dan pihak lain.

Namun, ia menolak sebarang langkah untuk menubuhkan laluan selamat bagi pelarian yang meninggalkan wilayah itu, dedah sumber keselamatan negara itu pada Rabu.

Mesir telah lama menyekat aliran penduduk Gaza ke wilayahnya, walaupun ketika berlaku konflik paling sengit. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >