Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maghribi negara pertama salur bantuan ke Gaza menerusi Israel

Mar 13, 2024 | 11:26 AM



RABAT: Maghribi telah menghantar 40 tan bekalan kemanusiaan ke Gaza melalui lapangan terbang Israel, kata sumber diplomatik dalam usaha terbaru untuk mempelbagaikan laluan bantuan ke wilayah yang dilanda perang.


Bantuan makanan itu telah tiba di lapangan terbang Ben Gurion berhampiran Tel Aviv sebelum dipindahkan ke Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di persimpangan Kerem Shalom antara Israel dengan Gaza, sumber diplomatik Maghribi itu memberitahu AFP dengan syarat namanya tidak disiarkan.


Kementerian Luar Negara Maghribi berkata dalam satu kenyataan bahawa, “Maghribi adalah negara pertama yang mengangkut bantuan kemanusiaannya melalui laluan darat yang belum pernah dilakukan sebelum ini”.

Sejak perang bermula pada 7 Oktober, trak bantuan secara amnya memasuki Jaluran Gaza melalui Mesir.

Pegawai Israel tidak dapat mengesahkan dengan segera sama ada daya usaha Maghribi itu adalah laluan darat pertama daripada bantuan asing melalui wilayah Israel.

Sumber diplomatik itu berkata hubungan Maghribi dengan Israel yang dimetarai pada 2020, membantu operasi itu diteruskan.

“Maghribi sentiasa berkata bahawa hubungannya dengan Israel bertujuan untuk memberikan keamanan di rantau ini dan bagi kepentingan rakyat Palestin,” kata sumber itu.

Pada 12 Mac, sebuah kapal yang membawa 200 tan bantuan untuk Gaza meninggalkan Cyprus ketika penduduk di sana melaporkan ancaman kebuluran yang semakin serius.

Kapal amal kebajikan, Open Arms, dilihat belayar keluar dari pelabuhan Larnaca dengan menunda tongkang berisi tepung, beras dan protein.


Misi itu sebahagian besarnya dibiayai Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan diselaraskan oleh badan amal World Central Kitchen (WCK) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Projek perintis untuk membuka koridor laut bagi tujuan penghantaran bekalan kepada penduduk yang kini menjadi pelarian akibat perang sejak lima bulan lalu itu diharap dapat mengatasi isu sekatan penghantaran bantuan melalui jalan darat oleh Israel.

Pada hari yang sama,  Amerika turut menghantar kapal pertama dengan peralatan untuk menubuhkan koridor maritim bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Jaluran Gaza, kata Komando Pusat Amerika (CENTCOM). 

CENTCOM berkata kapal tentera negara itu, General Frank S. Besson (LSV-1), telah berlepas dari Pangkalan Bersama Langley-Eustis menuju ke Mediterranean Timur kurang 36 jam selepas Presiden Amerika, Encik Joe Biden mengumumkan Amerika akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laluan laut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >