Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mahkamah tolak cubaan Najib mahu ketepikan injunksi Mareva

Sep 27, 2023 | 02:30 PM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini telah menolak permohonan bekas perdana menteri Encik Najib Tun Razak, mahu mengetepikan injunksi Mareva ke atas aset bernilai AS$681 juta ($933.36 juta) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan salah satu anak syarikatnya.


Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Tinggi, Encik Atan Mustaffa Yussof Ahmad, pada Rabu.

Injunksi Mareva ialah perintah menghalang pihak daripada melupuskan mana-mana harta, sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang.

Injunksi itu juga mengehadkan Encik Najib kepada pengeluaran tidak lebih RM100,000 sebulan, untuk perbelanjaan sara hidup dan yuran guamannya, dan dia perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada 1MDB dan peguam Global Diversified, jika dia memerlukan dana melebihi jumlah keseluruhan, lapor The Star.


Ia juga menyatakan bahawa Encik Najib perlu memfailkan pendedahan bertulis kepada 1MDB dan Global Diversified, berhubung asetnya sehingga AS$681 juta, sama ada di Malaysia atau di luar negara, atas namanya sendiri atau tidak dan dimiliki secara bersendirian atau bersama oleh defendan lain.

Pada 8 Februari 2022, mahkamah membenarkan permohonan untuk injunksi Mareva oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).

Kedua-duanya adalah plaintif pertama dan kedua dalam saman 1MDB terhadap Encik Najib dan beberapa individu lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >