Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Majlis Raja M’sia kecam Israel tindas Palestin

Oct 25, 2023 | 02:11 PM



KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja Malaysia yang mengecam keras sebarang bentuk keganasan, menzahirkan rasa dukacita dan gusar kerana masyarakat antarabangsa dan kuasa besar dunia belum mencapai kata sepakat dalam mencari penyelesaian bagi menghentikan konflik Israel-Palestin.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, berkata penindasan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, apatah lagi ia membabitkan kematian terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak, perlu segera ditamatkan.

“Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja menggesa kerajaan Malaysia terus bersuara membela rakyat Palestin dan membantah penindasan serta kezaliman berterusan Israel di pentas antarabangsa atas tanggungjawab kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tan Sri Syed Danial berkata konflik Israel-Palestin yang berlarutan sejak 7 Oktober 2023 turut dibincangkan pada sesi Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-262 di Istana Negara, pada Rabu.

Katanya, pada sesi Pra-Mesyuarat berkenaan, Majlis Raja-Raja juga menyokong dan berpegang teguh dengan pendirian kerajaan Malaysia selama ini bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel.

“...Hak dikembalikan tanah yang dirampas oleh Israel dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu negara serta Masjid Al-Aqsa akan kekal sebagai tempat ibadah umat Islam,” katanya.

Tan Sri Syed Danial berkata Majlis Raja-Raja turut menggesa kerajaan Malaysia terus mengambil inisiatif dan langkah proaktif di pentas antarabangsa bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik Israel-Palestin.

Beliau berkata Majlis Raja-Raja juga menyeru rakyat supaya terus bersolidariti bersama rakyat Palestin dan menghulurkan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban dan penderitaan mereka.

Katanya, rakyat tanpa mengira bangsa dan agama diseru berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing agar konflik terbaru Israel-Palestin dapat dihentikan segera serta rakyat Palestin dilindungi, selain tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Zionis Israel.

“Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja juga menyeru masjid dan surau serta rakyat yang beragama Islam di kediaman sendiri terus mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah swt untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >