Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Malaysia kuat kuasa gaji minimum RM1,500 bagi majikan kurang 5 pekerja mulai Sabtu

Jun 30, 2023 | 04:37 PM



KUALA LUMPUR: Bermula Sabtu, penguatkuasaan gaji minimum sebanyak RM1,500 ($440) akan dilaksanakan, membabitkan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja.


Ketetapan tarikh itu diputuskan kerajaan akhir 2022, selepas majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja dibenarkan menangguhkan pemberian gaji minimum sehingga enam bulan, berbanding ditetapkan 1 Januari 2024, sebelum ini.

Ia membabitkan semua sektor termasuk perladangan, pertanian dan pembuatan kecuali perkhidmatan domestik dan perantis.

Pelaksanaan gaji minimum baru diluluskan kerajaan pada 19 Mac 2022 dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada 27 April, 2022.

Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 kemudiannya dikuatkuasakan 1 Mei 2022 dengan kadar gaji sebanyak RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah, bagi majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih.

Namun bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, kerajaan membenarkan penangguhan pelaksanaan gaji minimum itu sehingga Sabtu 1 Julai 2023.

Menteri Sumber Manusia, Encik V Sivakumar, dilaporkan berkata sebelum ini, keputusan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira soal kesediaan majikan dalam kategori berkenaan, bagi menguatkuasakan gaji minimum baru kepada pekerja mereka.

Keputusan penangguhan itu dibuat sebelum ini setelah kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan, yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada tahun depan.

Presiden Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, sebelum ini berkata gaji minimum RM1,500 bukan satu alat untuk menangani peningkatan kos sara hidup, sebaliknya bagi memastikan tidak ada pekerja dibayar lebih rendah dari kadar ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan sudah mengambil langkah wajar untuk memastikan peningkatan kos sara hidup dikawal.

Katanya, masyarakat juga sedia maklum tentang kos sara hidup semakin meningkat dan ini memberi tekanan kepada sejumlah besar mereka .

Syed Hussain berkata Perusahaan Mikro dan Sederhana Kecil (PMKS) juga masih bergelut dengan usaha memulihkan perniagaan kesan buruk pandemik Covid-19 dan banjir besar pada akhir Disember 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >