Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MB Selangor saman MB Kedah berkaitan ‘kenyataan fitnah’

Aug 31, 2023 | 11:19 AM



SHAH ALAM: Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengheret MB Kedah, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor, ke mahkamah sivil menyusuli dakwaan pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu yang mengaitkannya dengan hartawan Vincent Tan berhubung skandal projek pembersihan Sungai Klang.


Ketika dihubungi, peguam plaintif, Encik Haijan Omar, mengesahkan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu, dengan salinan kertas kuasa telah diserahkan kepada defendan.

Pada 9 Ogos, pasukan peguam Datuk Amirudin menyampaikan surat tuntutan kepada Datuk Sanusi, memohon beliau memohon maaf dalam 48 jam dan membayar ganti rugi RM10 juta ($2.91 juta), lapor Malaysiakini.


Ini berkaitan ucapan Datuk Sanusi semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) di Dataran Darul Aman, Jitra, Kedah, yang menurut Datuk Amirudin mendakwa mengenai skandal antara beliau dan Encik Tan, yang mahu melaksana projek bernilai RM10 bilion di Sungai Klang, iaitu Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Encik Tan telah memfailkan saman fitnah yang sama terhadap Datuk Sanusi.

Menurut penyataan tuntutan tindakan undang-undang itu, Datuk Amirudin mendakwa Datuk Sanusi gagal mematuhi surat tuntutannya supaya menarik balik dakwaan tersebut dan memohon maaf berhubung ucapan pada 2 Ogos itu.

Datuk Amirudin mendakwa ucapan itu antara lain membayangkan beliau menyalah guna kuasanya sebagai MB Selangor dengan terlibat dalam amalan rasuah yang dikaitkan dengan Projek (Projek SMG).

Ia, dakwa Datuk Amirudin, membayangkan beliau terlibat dalam salah guna kuasa hingga menyebabkan 600 ekar tanah negeri bernilai RM10 bilion diberikan secara percuma kepada Encik Tan atau syarikat ahli perniagaan itu, Berjaya Land Berhad.

MB Selangor itu berhujah bahawa Datuk Sanusi secara melulu mengeluarkan dakwaan tidak benar “bermotifkan politik” untuk “menyinggung pihak plaintif menjelang PRN”.

“Kenyataan fitnah dan penerbitan semula kenyataan berunsur fitnah itu menyebabkan plaintif diperlekeh secara meluas oleh orang awam sebagai ‘cokia’,” kata Datuk Amirudin mengenai bagaimana ucapan itu menjejaskan watak dan reputasinya.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya, serta injunksi untuk menghalang Datuk Sanusi mengulangi dakwaan itu.

Menurut Malaysiakini, peguam Datuk Sanusi, Encik Yusfarizal Yusoff, mengesahkan salinan tuntutan itu telah diserahkan kepada mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >