Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Israel kedua jejak kaki ke Arab Saudi

Oct 03, 2023 | 03:38 PM



RIYADH: Kehadiran Menteri Komunikasi Israel, Encik Shlomo Karhi, untuk menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Arab Saudi pada Isnin menjadikannya sebagai lawatan awam peringkat tinggi yang kedua di tengah-tengah rundingan untuk memulihkan hubungan dua hala.


Encik Karhi tiba di Riyadh untuk menghadiri mesyuarat Kesatuan Pos Sejagat – sebuah inisiatif PBB yang memfokuskan kerjasama antarabangsa dalam sektor pos, sekali gus menunjukkan potensi perubahan signifikan dalam hubungan diplomatik antara Arab Saudi-Israel.

Kehadiran beliau menandakan kunjungan kedua oleh menteri Israel dalam masa yang singkat.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan Israel, Encik Haim Katz, telah menghadiri acara Pertubuhan Pelancongan Sedunia PBB. Encik Katz tiba di Arab Saudi pada 26 September ketika kedua-dua negara mempertimbangkan jalinan hubungan diplomatik.

Penekanan pada hubungan baru itu juga diterjemahkan melalui pertemuan Encik Karhi dengan pelbagai pegawai, termasuk duta Amerika Syarikat ke Arab Saudi dan Menteri Komunikasi Turkey. Beliau juga dijangka menyampaikan ucapan.

Delegasi yang diketuai oleh beliau bersama 14 wakil termasuk Anggota Parlimen, Encik David Bitan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Parlimen Israel, Knesset, dan wakil Kementerian Ehwal Luar Israel.

Walaupun Arab Saudi belum mengiktiraf Israel, namun kedatangan dua menteri dalam tempoh yang singkat dilihat sebagai titik perbincangan penting terutama dengan adanya usaha penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

Dalam analisis konteks geopolitik itu, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berusaha mendorong perubahan signifikan dalam susunan geopolitik Timur Tengah.

Riyadh sedang berunding untuk mendapatkan jaminan keselamatan dan sokongan bagi inisiatif nuklear awam mereka.

Namun, Palestin menegaskan bahawa kepentingan mereka perlu diberikan perhatian dalam sebarang perjanjian.

Menurut sumber dari Rumah Putih, Arab Saudi dan Israel sedang bergerak menuju perjanjian dasar.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika, Encik John Kirby, menekankan pentingnya kerangka kerja yang akan diteliti untuk menentukan langkah selanjutnya.

Komen Encik Kirby itu dibuat selepas lawatan ke Riyadh oleh Encik Katz dan dibuat setelah Riyadh menghantar delegasi pertamanya ke Tebing Barat yang diduduki dalam tiga dekad.


Encik Nayef al-Sudairi yang dilantik sebagai duta bukan pemastautin ke wilayah Palestin bulan lalu, mengadakan rundingan pada 26 September dengan pegawai kanan Palestin termasuk Presiden Encik Mahmud Abbas.


Tindakan sedemikian dilihat bakal mematahkan pendirian Riyadh selama berdekad-dekad menentang pengiktirafan Israel sebelum ia menyelesaikan konflik dengan Palestin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >