Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menyamar sebagai polis: Dua ditahan dek tular video kereta kejar mengejar

Jun 06, 2023 | 05:31 PM



JOHOR BAHRU: Polis telah memberkas dua lelaki termasuk seorang penjawat awam menyusuli video yang tular kejadian kereta yang saling kejar mengejar di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat plaza tol Sedenak di Kulai.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, menyatakan kededua suspek telah ditahan pada sekitar 6 petang di Pontian pada 5 Jun.

“Kededua suspek, berusia 43 dan 48 tahun, diberkas di kawasan perumahan di Permas, Kukup di Pontian.

“Salah seorang suspek adalah penjawat awam tanpa sebarang rekod jenayah dan seorang lagi suspek mempunyai rekod kesalahan berkaitan dengan dadah.

“Kami sedang mencari suspek ketiga yang masih bebas,” kata beliau dalam satu kenyataan pada 6 Jun.

Beliau menambah bahawa polis juga telah merampas lampu suar mudah alih, jaket reflektif cahaya, lampu depan, lampu suluh dan sebuah kereta dengan kuncinya.

“Salah seorang suspek akan direman selama dua hari dan perintah reman yang dikeluarkan terhadap penjawat awam telah ditolak,’‘ tambahnya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

“Kes ini juga sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 kerana ia juga melibatkan penyeludupan barang,’‘ kata beliau lagi sambil menambah bahawa barangan yang diseludup itu masih dalam siasatan.

Terdapat laporan awal sebelum ini mengenai polis mencari tiga orang yang terlibat dalam menularkan video mengenai kejadian kereta saling kejar mengejar di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman, menyatakan satu laporan telah dibuat oleh seorang anggota polis pada 1.52 petang kelmarin bersabit video sepanjang 26 saat yang ditularkan di Facebook.

“Video berkenaan dimuat turun oleh pengguna ‘Freeman Gan WT’ yang mendakwa beliau telah dikejar oleh lelaki-lelaki yang menyamar sebagai polis ketika beliau memandu ke arah utara daripada Singapura ke Genting Highlands.

“Ketiga-tiga suspek yang tidak dikenali itu menyuruh mangsa supaya berhenti dan dalam masa yang sama menyalakan lampu suar mudah alih seperti yang polis gunakan.

“Penyiasatan kami menunjukkan kejadian itu berlaku di kilometer 41.5 Lebuh Raya Utara-Selatan mengarah ke utara di plaza tol Sedenak,’‘ kata beliau lagi. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >