Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mesir teruja selepas hidangan warisan, koshary, diiktiraf Unesco

Dec 11, 2025 | 2:12 PM
Seorang pekerja menghidangkan Koshary, hidangan warisan Mesir yang diiktiraf Unesco, kepada pelanggan, di Kahirah, pada 9 Disember 2025.
Seorang pekerja menghidangkan Koshary, hidangan warisan Mesir yang diiktiraf Unesco, kepada pelanggan, di Kahirah, pada 9 Disember 2025. - Foto REUTERS

KAHIRAH: Rakyat Mesir menyambut gembira keputusan Warisan Budaya Tidak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengiktiraf Koshary , hidangan harian kegemaran mereka,

“Kami membesar dengan makan koshary dalam beg plastik. Ia adalah makanan warisan sejak kecil,” kata Encik Emad Yassin ketika ditemui di restoran popular di di Kahirah, Koshary Abou Tarek.

Semangkuk mi, nasi, kacang lentil dan bawang goreng yang disirami sos pedas, merupakan makanan kegemaran di negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu.

Hidangan tersebut kaya dengan karbohidrat dan murah pula harganya.

Cik Irina, seorang pelancong Sepanyol yang singgah untuk menjamu selera, berkata pengiktirafan Unesco itu adalah langkah yang baik.

“Ia adalah keputusan yang sangat baik kerana apabila anda makan koshary, anda boleh merasai semua campuran rasa yang sedap,” katanya.

Terdapat banyak kedai makan yang menghidangkan koshary di Kahirah.

Penjaja dilihat dilihat menuang sos tomato, menaburkan bawang goreng pada mi, kemudian membiarkan pelanggan manambah sendiri sos pedas dan cuka berperisa bawang putih mengikut cita rasa masing-masing.

Hidangan sederhana ini telah diwarisi dalam pelbagai bentuk – berbeza mengikut wilayah – selama berabad-abad.

Ia pertama kali direkodkan, oleh penulis daripada Britain, Encik Richard Burton pada 1866, sebagai sarapan musim sejuk di bandar Suez di timur Mesir.

Ketika itu hanya lentil dan nasi tetapi pada pertengahan abad ke-20 mi ditambah untuk “mengurangkan kos selepas harga beras melonjak”, kata ahli arkeologi makanan dan ahli arkeologi Cik Mennat-Allah El Dorry kepada AFP.

Asal usul tepat hidangan ini tidak diketahui, tetapi “versi koshary boleh didapati di sepanjang laluan perdagangan dari India ke Mesir”, tambahnya.

Di Mesir, ia telah menjadi makanan asas sejak satu setengah abad yang lalu, apabila metropolis berkembang dan pekerja bandar memerlukan makanan yang cepat, murah dan mengenyangkan.

Bagi kebanyakan rakyat Mesir, mereka lebih suka memasak koshary di rumah masing-masing tetapi mereka juga gemar menjamu hidangan itu yang dijual ramai penjaja kereta sorong dan di restoran bertingkat seperti Koshary Abou Tarek.

Cik Laila Hassaballa, pengasas bersama Cairo food tour Bellies En-route, berkata bahawa hidangan itu merupakan hidangan utama bagi pengunjung, walaupun pada mulanya mereka mungkin “agak terkejut dengan gabungan bahan-bahannya”.

Bagi beliau, “perjalanan ke Mesir terasa tidak lengkap tanpa mencuba koshary sekurang-kurangnya sekali”. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg