Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insiden penumpang jatuh di landasan trek: ICA minta KTM pasang alat keselamatan

Jul 07, 2023 | 04:37 PM



Pengendali rel Malaysia, KTM, telah digesa untuk memasang alat keselamatan selepas penumpang membuka secara paksa pintu sebuah kereta api yang sedang bergerak, menyebabkan seorang wanita terjatuh ke landasan di Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands.

Memberikan respons kepada pertanyaan media, seorang jurucakap Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata wanita itu tergelincir dan terjatuh ke dalam jurang antara platform dengan kereta api itu pada sekitar 5.35 pagi pada Rabu, dan mengalami kecederaan pada lutut dan siku kirinya.

Seorang pegawai ICA, yang sedang bertugas menjalankan pemeriksaan ke atas kereta api itu, melihat apa yang berlaku dan menarik wanita itu naik daripada landasan kereta api, dengan bantuan beberapa penumpang lain.

ICA berkata desain kereta api itu membolehkan penumpang untuk membuka pintu daripada dalam gerabak Kereta Api Tanah Melayu (KTM) dan turun ke platform sebelum kereta api berhenti.

Menurutnya:

“ICA akan ketengahkan hal ini kepada pengendali kereta api itu agar alat keselamatan yang perlu dapat dipasang.

“Kami ingin menasihatkan penumpang agar turun daripada kereta api hanya selepas ia berhenti sepenuhnya, demi keselamatan mereka.”

Penumpang yang tercedera telah dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

Seorang penumpang, Cik Erena Hew, yang memuat naik catatan mengenai insiden itu, berkata wanita tersebut merupakan antara mereka yang bergegas untuk ke pusat pemeriksaan, di hadapan para penumpang lain.

Dalam catatannya yang ditulis dalam Mandarin, beliau berkata mujur kereta api tersebut sedang bergerak perlahan, jika tidak, keadaan lebih buruk mungkin terjadi.

Waktu melepasi Pusat Pemeriksaan Kereta Api di Woodlands bagi para penumpang daripada setiap kereta api, sejak Jun telah dikurangkan separuh kepada 15 minit dengan pengenalan 10 kios imigresen automatik.

Lebih daripada 30 perjalanan kereta api dan hampir 10,000 penumpang melalui pusat pemeriksaan setiap hari, semasa perjalanan waktu sibuk.

Akhbar The Straits Times (ST) telah mengubungi KTM untuk mendapatkan komen daripada mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >