Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia bakal hapus penggunaan plastik sekali guna

Oct 06, 2023 | 12:23 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menghapuskan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata usaha itu sedang dijalankan dengan mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.

Beliau berkata pihaknya juga sedang mencari jalan menggalakkan usahawan sektor tidak formal seperti pengusaha warung dan gerai kecil yang memainkan peranan besar dalam masyarakat agar menggantikan plastik sekali guna dengan yang boleh terbiodegradasi.

“Pada masa sama, kami menggalak seramai mungkin pemain industri beralih kepada penggunaan plastik terbiodegradasi.

“Kita perlu memastikan bahawa plastik yang digunakan benar-benar boleh terbiodegradasi kerana pada masa ini kebanyakannya masih perlu dibawa ke kilang atau loji dan dibiodegrad dalam persekitaran yang terkawal,” katanya dipetik Berita Harian Malaysia (BHM).


Terdahulu, beliau menghadiri majlis anjuran Polymateria sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 di Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau berkata Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) juga telah mengeluarkan Label Eko yang merupakan Program Pelabelan Eko Kebangsaan Malaysia dan memberikan kelebihan daya saing berbanding produk serupa dalam pasaran yang mengutamakan alam sekitar.


Encik Nik Nazmi berkata walaupun kos plastik konvensional adalah 10 peratus lebih rendah berbanding plastik terbiodegradasi, peningkatan dalam penggunaan plastik terbiodegradasi adalah positif.

Ditanya sama ada lebih banyak inisiatif akan diumumkan dalam Belanjawan 2024, beliau berkata dasar semasa adalah mencukupi dan tiada perkara baru yang dijangka diumum dalam masa terdekat.

“Saya rasa jika kita mengikuti pelan hala tuju serta Dasar dan Pelan Tindakan Sisa Marin Kebangsaan 2021-2030, kita akan dapat mencapai banyak perkara.


“Antara usaha yang dijalankan ialah menjalin kerjasama dengan The Ocean Cleanup untuk melaksanakan teknologi pemintas yang akan membantu meningkatkan kutipan untuk kitar semula dan mengelak daripada sisa plastik bocor ke lautan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >