Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia jangka laksana subsidi bersasar Jan 2024

Sep 12, 2023 | 12:01 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka melaksanakan sepenuhnya Program Subsidi Bersasar seawal tahun 2024.


Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli, berkata Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia untuk digunakan dalam pelaksanaan Program Subsidi Bersasar itu akan diuji bermula November ini.

“Selepas tempoh percubaan bermula November, Padu dijangka dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk pengesahan maklumat peribadi.

“Selepas Padu diuji dan disahkan, dengan kita mencapai sasaran maklumat isi rumah sudah berada sepenuhnya di dalam sistem, maka itu akan membolehkan kerajaan membuat keputusan bila hendak mulakan subsidi bersasar.

“Kalau kita lihat garis masa itu, Padu sudah diuji dan dibuka kepada orang ramai dalam Januari 2024,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian pada Isnin, selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP-RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Parlimen, Kuala Lumpur.


Mengulas mengenai kaedah dan mekanisme pelaksanaan program itu, Encik Rafizi berkata ia sama ada menerusi pindahan tunai, berdasarkan pemberian kad khas atau agihan di pam stesen minyak, semuanya akan diputuskan dari semasa ke semasa.

“Keutamaan kita sekarang maklumat sosioekonomi isi rumah kena lengkap dulu dalam Padu. Itu lebih penting berbanding kita mahu guna kad pengenalan, pindahan (kredit) terus ke akaun atau mahu pakai pam. Inilah fokus kita sekarang,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Anwar, pada 15 Mei lalu, bersetuju menubuhkan Padu untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, sebelum ini dilaporkan, berkata pemberian subsidi dapat meringankan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat, tetapi pelaksanaan tidak bersasar menyebabkan ketirisan berlaku.

Antara barangan bersubsidi yang dinikmati rakyat Malaysia ketika ini ialah gas memasak LPG (Liquefied Petroleum Gas), diesel, petrol RON 95, ayam bulat, telur dan minyak masak paket.

Bagaimanapun, tiada sekatan untuk barangan bersubsidi ini dibeli oleh mana-mana pihak, termasuk warga asing, yang sepatutnya membeli barangan pada harga tanpa subsidi.

Encik Rafizi berkata, data sistem Padu yang sedang dibangunkan akan merangkumi 270 pangkalan data daripada kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri dan badan berkanun melalui perjanjian perkongsian data sedia ada.

Beliau berkata, apabila Akta Omnibus diluluskan di Parlimen nanti, ia akan mengambil alih tatakelola perkongsian data sistem berkenaan dan menggantikan perjanjian itu.

Beliau berkata, Akta Omnibus yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jun tahun hadapan antara lain bertujuan memastikan keselamatan perkongsian data serta memudahkan proses perkongsian data dan menjamin Padu sebagai pangkalan data berterusan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >