Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia peruntuk RM168.7j bagi tangani kesesakan laluan darat dengan S’pura

Oct 11, 2023 | 06:26 PM



JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM168.7 juta ($48.74 juta) bagi melaksanakan empat inisiatif baru bagi menangani kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pelaksanaan empat inisiatif yang akan dijalankan menerusi Fasa 3 itu merangkumi tiga projek fizikal, selain pemberian insentif pintu masuk kepada pegawai imigresen pelbagai gred yang bertugas di pintu masuk negeri itu.

Beliau berkata pemberian insentif kepada pegawai imigresen itu akan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM7.93 juta setahun.

“Peruntukan RM168.7 juta itu termasuk untuk membina tambahan 77 laluan M-BIKE dengan kos keseluruhan sebanyak RM61.7 juta merangkumi 44 laluan M-BIKE di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Tambak Johor dan 33 laluan M-BIKE di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri.

“Ia juga membabitkan penggabungan dewan, naik taraf dan pembinaan projek baru di KSAB berjumlah RM106.9 juta membabitkan tiga projek Fasa 2 yang telah diluluskan Mac lalu.

“Pembinaan pejalan kaki berbumbung di sepanjang Tambak Johor juga akan dilaksanakan dengan anggaran kos yang akan diperincikan kemudian.

“Pemberian insentif pintu masuk kepada pegawai imigresen pelbagai gred bukan sahaja akan diberikan kepada pegawai bertugas di pintu masuk di BSI dan KSAB, malah turut membabitkan pegawai bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) dan KLIA2,” katanya pada sidang media secara dalam talian di BSI pada Rabu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, meninjau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) BSI, di sini.

Mereka kemudian menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor yang dipengerusikan Datuk Fadillah secara dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >