Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Myanmar usir diplomat kanan Timor-Leste

Aug 28, 2023 | 01:05 PM



BANGKOK: Junta Myanmar pada Ahad mengarahkan pengusiran diplomat tertinggi Timor-Leste di negara itu, berhubung mesyuarat yang diadakan pemerintahnya dengan sebuah pentadbiran bayangan yang diharamkan.


Negara Asia Tenggara itu telah terperangkap dalam krisis, sejak tentera merampas kuasa pada Februari 2021, sekali gus menamatkan suasana demokrasi yang singkat dan mencetuskan pertempuran ganas.

Pihak tentera telah mengklasifikasi pentadbiran bayangan yang dikenali sebagai Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG) – dikuasai penggubal undang-undang dalam buangan, yang beroperasi di luar negara, untuk menggagalkan rampasan kuasa itu – sebagai organisasi pengganas.

Pada Julai, Presiden Timor-Leste, Encik Jose Ramos-Horta, bertemu menteri luar NUG, Encik Zin Mar Aung, di ibu kota Dili.

Pada Ahad, Kementerian Luar Myanmar mengutuk “tindakan tidak bertanggungjawab” Timor-Leste, serta mengarahkan diplomatnya di Yangon supaya “meninggalkan negara itu selewat-lewatnya pada 1 September 2023”.

Kementerian itu berkata dalam hantaran di Facebook bahawa Timor-Leste “menggalak kumpulan pengganas untuk terus melakukan kegiatannya di Myanmar”.

Timor-Leste mengecam perintah pengusiran itu, mengulangi dalam satu kenyataan “kepentingan menyokong semua usaha untuk memulihkan demokrasi di Myanmar”.

Dili turut menggesa junta Myanmar supaya “menghormati hak asasi manusia dan mencari penyelesaian aman dan membina bagi menghuraikan krisis di negara itu”.

Timor-Leste dijangka menjadi anggota ke-11 Asean.

Namun, Perdana Menteri, Encik Xanana Gusmao, berkata pada awal Ogos bahawa negaranya boleh mempertimbangkan semula usaha untuk menyertai Asean, sekiranya blok itu gagal memujuk junta Myanmar untuk menamatkan konflik di negara itu.

Kumpulan negara Asia Tenggara itu tidak mencapai banyak kemajuan sejak rampasan kuasa pada 2021, dengan tentera sebahagian besarnya mengabaikan perjanjian konsensus lima perkara yang bertujuan menamatkan keganasan.

Asean juga berbelah bahagi tentang bagaimana untuk mengadakan perbincangan dengan tentera Myanmar.

Walaupun junta telah diharamkan daripada sidang puncak peringkat tinggi, anggota Asean Thailand telah menganjurkan rundingan tidak rasmi dengan Menteri Luar Myanmar. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >