Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Naib Presiden Indonesia mahu pelajar belajar sains selain agama di Saudi

Sep 28, 2023 | 03:31 PM



JAKARTA: Peluang menimba ilmu begitu luas di Arab Saudi - bukan sekadar pengajian Islam semata-mata.


Justeru, Naib Presiden Indonesia, Encik Ma’ruf Amin, melahirkan harapan agar para pelajar Indonesia di Arab Saudi tidak hanya belajar ilmu agama seperti yang berlaku selama ini.

Jurucakap Naib Presiden, Encik Masduki Baidlowi, menyatakan demikian kepada media ketika mengiringi Encik Ma’aruf di majlis memperingati Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-93 baru-baru ini.

Menurut beliau, terdapat beberapa agenda yang telah dibincangkan antara Naib Presiden dengan Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Encik Faisal bin Abdullah al Amodi, di majlis itu.

Antaranya ialah pertukaran biasiswa untuk pelajar kedua-dua buah negara.

“Hubungan rakyat dengan rakyat sudah terjalin agak lama. Justeru itulah Naib presiden menyentuh tentang cara pertukaran biasiswa melibatkan para pelajar Saudi dan para pelajar Indonesia khususnya warga Indonesia yang belajar di Arab Saudi.

“Tidak seperti yang berlaku selama ini, mereka hanya belajar ilmu agama di sana,” katanya.

Encik Masduki menambah bahawa apa yang ditegaskan oleh Naib Presiden Ma’ruf ialah pelajar Indonesia turut digesa mempelajari ilmu bukan agama, seperti ilmu sains dan teknologi di Arab Saudi.

Ketika ini, para pelajar Indonesia di sana menuntut di Sekolah Indonesia, Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Arab Saudi.

Bagi pengajian tinggi, para mahasiswa Indonesia menuntut di 20 buah universiti di 17 kota di Arab Saudi - Riyadh, Madinah, Makkah, Jeddah, Dhahran, Dammam, Buraydah, al-Bukayriyah, Jazan, al-Majmaah, Ta’if, Abha, al-Kharj, Najran, Tabuk, Sakakah, dan ‘Arar).

Menurut portal rasmi Atase Pendidikan dan Kebudayaan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Riyadh, sebilangan besar mahasiswa Indonesia mengikuti pendidikan dalam bidang pengajian Islam di Arab Saudi.

“Tetapi, tidak sedikit juga yang menuntut dalam bidang umum, seperti sains dan teknologi,” kata portal itu.

Menteri Pendidikan Arab Saudi YM Yousuf Al-Benyan, sebelum ini pernah menyatakan bahawa  terdapat sekitar 75,000 mahasiswa asing yang belajar di Arab Saudi.

Pihaknya merancang untuk menaikkan bilangan pelajar asing kepada 100,000 orang pada tahun-tahun akan datang.

Menurutnya, bilangan mahasiswa Indonesia di anggap masih terlalu kecil dan tidak mewakili populasi Indonesia yang besar.

Untuk itu, beliau komited untuk menambah jumlah mahasiswa Indonesia di Arab Saudi baik melalui jalur biasiswa yang ditawarkan Arab Saudi ataupun pemerintah Indonesia, mahupun melalui jalur swasta. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >