Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Operasi selamat mangsa tanah runtuh di Sumatera berdepan masalah

Nov 26, 2024 | 4:57 PM
Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mayat mangsa tanah runtuh di kampung Semangat Gunung di Karo, Sumatera Utara, Indonesia, pada 25 November.
Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mayat mangsa tanah runtuh di kampung Semangat Gunung di Karo, Sumatera Utara, Indonesia, pada 25 November. - Foto EPA-EFE

JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia terus giat menjalankan operasi mencari tujuh individu yang dilaporkan masih hilang, empat hari selepas hujan lebat membadai wilayah Sumatera Utara sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.

Jurucakap agensi bencana, Encik Abdul Muhari, berkata 11 mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh di daerah Karo, Padang Lawas dan Tapanuli Selatan, manakala empat lagi terkorban akibat banjir kilat di daerah Deli Serdang selepas cuaca buruk melanda pada 23 November.

Beliau berkata sekitar 100 anggota termasuk polis serta tentera, bertungkus lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh mangsa yang dikatakan masih hilang, namun berdepan masalah cuaca buruk dengan hujan berterusan.

“Cuaca masih hujan dari siang hingga malam. Keadaan ini menjadi masalah utama dalam usaha kami mencari mangsa hilang berkenaan,” katanya pada 26 November, sambil memaklumkan bahawa operasi SAR itu akan diteruskan hingga 30 November.

Selain meragut nyawa, kejadian tanah runtuh serta banjir kali itu turut merosakkan rumah, masjid dan sawah.

Bencana terbabit juga mengakibatkan jalan ke beberapa kampung terputus akses, manakala jengkaut terpaksa digunakan dalam operasi SAR.

Encik Abdul berkata agensi bencana turut memberi amaran kepada penduduk di wilayah Sumatera Utara agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku lagi banjir dalam beberapa minggu mendatang, berikutan hujan lebat diramalkan terus melanda. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg