Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta jatuh dalam tebing akibat tanah runtuh di Selangor

Nov 4, 2024 | 10:54 AM
Sebuah kereta terjatuh ke dalam tebing selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah, Selangor, pada 4 November.
Sebuah kereta terjatuh ke dalam tebing selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah, Selangor, pada 4 November. - Foto BOMBA MALAYSIA

AMPANG JAYA (Selangor): Sebuah kereta Proton Saga terjatuh ke dalam tebing selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah, Ampang Jaya pada pagi 4 November.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 4.35 pagi, sebelum anggota ke lokasi bersama pasukan bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Siasatan awal polis mendapati lokasi kejadian merupakan tempat meletak kenderaan awam bersebelahan longkang besar.

“Terdapat sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di situ terjatuh ke dalam runtuhan tebing,” katanya dalam satu kenyataan pada 4 November, lapor Harian Metro.

Encik Mohd Azam berkata pihak berkuasa sedang menunggu analisis oleh pakar cerun untuk berusaha mengalihkan kenderaan berkenaan dan tindakan selanjutnya.

Sebelum ini Berita Harian Malaysia melaporkan bahawa hujan lebat berterusan pada 15 Oktober telah menyebabkan tanah runtuh di sepanjang Jalan E6 di Taman Melawati, Selangor.

Susulan kejadian itu, penghuni 20 rumah diarah berpindah. Kawasan itu antara 114 kawasan panas tanah runtuh di Ampang Jaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg